Jom Keep In Touch ..

Wednesday, November 3, 2010

Selipar "JEPUN" punya pasal...

salam sayang kawan-kawan...
hari nie terdetik pula nak tulis blog walaupun badan letih sebab masih lagi dalam mood exam.. tadi pun baru je habis paper akaun yang gerenti susah nak bagi tahu keputusannya..(tak kan laa nak kena repeat nak sem-errghh!) erm biarkan pasal kisah duka aku itu..

sekarang,main story-nya adalah cerita pasal kisah sepasang kasut jepun yang tak bersalah..
cantik kan..tapi apakan daya.. sebab selipar jepun ini (yang tak berapa nak jepun sangat itu) telah menyebabkan aku berasa "down" semalam. Masakan tidak, cuba lah korang bayangkan semangat mood nak study masih ada walaupun hanya tingal saki baki dek kerana mengantuk tahap power rangers..Tapi sebab keesokkannya ada killer paper(hari ini) aku gagahkan juga pergi belajar.. teman seperjuangan aku tak lain tak bukan adalah nurhidayatul ain.. tapi aku dapat sokongan peneman dari zakwan dan shasha.. kami berempat decide laa nak study dekat perpustakaan yang "GAH" kat dataran merdeka itu..PERPUSTAKAAN KUALA LUMPUR namanya..alahai bangunan yang ada kubah-kubah macam istana pasir 2 butir itu..hahaha

lepas je si ain tadi park kereta depan perpustakaan tu kitorang semua dengan yakin la menerjah masuk ke dalam. SEJUK JE KENA AIR CORN..(feeling-feeling diva divana di istana kayangan la kan). tapi zakwan dah bagi hint kat aku yang guard kat situ asyik dok perhati kat selipar aku yang sangat menarik perhatiannya itu.. -pada pandangan kasar aku dia hanya melihat kerana tertarik dengan warna-warna terang selipar ku itu.. sejurus mahu melangkah ke ruangan lif. guard tu pun datang dan berkata.. "eh, adik..selipar jepun tak boleh masuk eh...memang tak dibenarkan.."

OMG,time tu jugak aku rasa fulawei.apasal la plak tak dapat masuk..semalam selipar ni jugak la aku datang sini.(hati berbicara sendirian)..akhirnya aku bersuara.."oh yeke,ermm okeyh laa.."- keinginan dan tingkah laku aku yang outspoken ini luntur hendak melawan kata-kata guard tu tadi.. kami semua beransur kuar dengan gelak tawa dan perasaan hampa... DALAM HATI DAH GERAM GILER.. mula la maki hamun kat luar sana.. 

hello, selipar jepun tak boleh masuk library?????? selipar aku pun bukan la nak berapa jepun sangat.. lain laa aku pakai selipar macam nie kan...
taraaa!..very darurat sangat!!

tapi pada pandangan seorang insan dan rakyat Malaysia yang mempunyai akal fikiran yang waras ini.. peraturan macam tu tak bernas langsung. orang datang ke library nak study, nak baca buku, nak cari kesunyian semasa mentelaah.. bukan nak ber-fashion, bukan nak buat runway, bukan nak datang dinner, bukan nak pergi dating, bukannya ada formal party dan bukannya ambik lesen kereta.. kalau laa buat perpustakaan gempak-gempak, buku bertimbun, facilities menarik tertarik dan da boom.. tapi kalau rules yang ala-ala menyusahkan orang ramai..especially rakyat Malaysia ni yang nak gunakan pun kena sabotaj.. baik tak payah susah payah dan membazirkan duit nak bina untuk orang lain..Bagi je pekerja-pekerja yang kerja kat situ study ngan buku yang bertimbun tu.. confirm tak payah ambik master dah lepas ni..HAHAHA

stupid damn damn betul la peraturan songsang macam ni..dah la akan menyusahkan orang lain. okeyh.let's say la kalo orang yang memang dari jauh datang then bila dia masuk dia pun kena macam aku kena.. tak ke sadis je tengok dia..ADUHAI..pikir laa logik dulu yang itu perpustakaan bukan mahligai!!

kalau macam ni la berterusannya, aku yakin matlamat Malaysia yang kononnya nak jadikan rakyatnya ada budaya MEMBACA itu memang tak pernah kesampaian..HARAaaM laa!! dekriminasi pada orang pakai selipar jepun.. hello, orang kat jepun pun pergi library dorang pakai ala kadoo aje..orang nak buka buku.. buka minda.. ini hampeh..sebab itu la rakyat jepun memang rajin nak membaca..kalau la compare ngan Malaysia ini..say sayonara laa kau!

SO,LEPAS NI MEMANG AKU PIKIR 2 3 4 5 6 SMP 10 KALI LAA KALAU NAK PERGI SITU LAGI..slogan baru untuk dorang dari aku - "indah khabar dari rupa"..tak ada makna aku nak pergi lagi..
(aku tak tau la kalau aku sorang aje yang pernah kena, aku cuma luahkan apa yang aku rasa. itu aje-tq)

0 orang membebel kat entry ni:

Post a Comment

thanks sudi komen,
i will try my best to hit u back..>_<