Jom Keep In Touch ..

Tuesday, June 30, 2009

Bulan Rejab dah!

okeyh skang nak berkongsi tentang bulan islam dengan anda semua.. jadi aq akan memulakan pada bulan rejab....


Pengertian
Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.



1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.


2. Isra' dan Mi'raj Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut. Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat. Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.


4. Pembebasan Baitul-Muqaddis Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.


5. Lahirnya Imam Syafie RH. Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

kerjaya bidang Perakaunan

AKAUNTAN
Bidang Perakaunan dipercayai profession kedua tertua di dunia. Semua organisasi daripada perniagaan keluarga yang kecil hingga Syarikat Multinational memerlukan Akauntan bertauliah untuk menyediakan Akaun Syarikat. Akauntan dan Juruaudit merancang dan memberikan perkhidmatan perakaunan, memberi nasihat mengenai hal ehwal perakaunan serta merancang dan melaksanakan audit kewangan ke atas akaun Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pertubuhan Perniagaan dan Perindustrian.


KETERANGAN TUGAS
1. Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan system belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain;

2. Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun dan badan-badan lain;

3. Menyediakan penyata cukai, memberi nasihat mengenai masalah percukaian dan mempertahankan tuntutan yang dipertikaikan di hadapan pegawai cukai;

4. Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan;

5. Menyediakan kos projek dan analisis risiko;

6. Mengenal pasti bahagian pengurangan kos dan mencadangkan langkah-langkah penjimatan kawalan kos;

7. Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan dan memberi nasihat mengenai perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan, kebankrapan, penyatuan, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan;

8. Bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan percukaian;

9. Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;

10. Menyelia pekerja lain.



PEKERJAAN YANG DIKELASKAN DIBIDANG INI, DIANTARANYA:
1. Akauntan
2. Juruaudit
3. Akauntan, Kos
4. Akauntan, Cukai
5. Bendahari
6. Setiausaha Syarikat
7. Juru Perunding
8. Penolong Akauntan
9. Kerani Akaun




CIRI-CIRI PERIBADI
Mereka yang merancang kerjaya dalam bidang perakaunan mesti memiliki kebolehan dalam perhitungan serta boleh menganalisa, membandingkan dan mentafsir fakta serta nombor lalu membuat keputusan yang kukuh berdasarkan pengetahuannya. Mereka harus sentiasa bertanya bagaimana dan mengapa sesuatu perkara itu dijalankan dan menyampaikan hasil kerja mereka dengan berkesan dalam bentuk penulisan dan pertuturan kepada klien dan pihak pengurusan.

Akauntan dan juruaudit mesti bersikap sabar dan boleh menumpukan sepenuh perhatian untuk jangka waktu yang lama. Ketepatan dan kebolehan memikul tanggungjawab dengan penyeliaan yang sedikit sangat diperlukan. Yang paling utama, kerana berjuta-juta pengguna penyata kira-kira bergantung pada perkhidmatan akauntan dan juruaudit, orang awam mengharapkan agar mereka memiliki standard etika yang amat tinggi serta integriti. Selain itu mereka harus minat dalam perniagaan dan perdagangan, boleh bekerja dalam kumpulan dan tidak lekas putus asa oleh kerana kerja-kerja yang banyak melibatkan dokumentasi dan duduk di meja pejabat.



KELULUSAN
1. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
2. Malaysian Association of Certified Public Accountants (MACPA)
3. Association of Certified Accountants (U.K)
4. Institute of Cost and Management Accountants (U.K)
5. The Chartered Associations of Certified Accountants (CACA)
6. The Institute of Chartered Secretaries and Administration (ICSA)
7. The Institute of Cost and Management Accountants (ICMA)
8. Ahli Penuh Malaysia Institut of Accountans (MIA)
9. Lain-lain kelulusan (keupayaan mengendalikan software perakaunan)



PROSPEK KERJAYA
Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan-jabatan Kerajaan, badan-badan berkanun dan penguasa-penguasa tempatan.
Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di badan-badan perdagangan dan perindustrian, bank, syarikat insuran dan firma perakaunan.


P/S : terima kasih kepada cikgu Sila dan cikgu Narzuki..

Saturday, June 27, 2009

Diriku Yang Bodoh Kerana Sahabat

ermm maybe orang akan cakap i nie gelabar atau pun bajet bagus... apa pun baik i lepaskan je n tulis tentang masalah nie.. daripada i maki hamun x tentu pasal n pendam kan perasaan nie selamanya.. Mungkin jugak akan bagi effect pada diri i sendiri.. so, baik i ckp je ape yang i rasa..

Hal ni bukan la perkara yang perlu di heboh2 kan.. tp perkara nie patutnya dah diselesaikan lama dulu.

perkara nie sebenarnya bermula atas kesalahan i sendiri yang terlalu percayakan kawan, yang terlalu sangat bagi muka kat dowg, yang terlalu banyak sangat bagi pertolongan pada dowg.. terlalu ambik berat sangat pasal dowg hinggakan perasaan i sendiri tergadai.

kenapa perasaan yang terlalu pentingkan kawan nie wujud dalam diri i.. rasa macam x ada guna je.. kadang2 i sampai menangis dowg buat. tp i still lagi sabar dan tolong dowg.. i cube cari cara tok settlekan masalah dowg.. luangkan masa tok bersama dowg.. walau pun i banyak hal yang perlu di buat, perlu difikarkan lagi..
yup jawapannya senang, sebab i terlalu naif! terlalu bodoh tok semua benda nie...

i bz pun boleh cari masa tok luangkan pada dowg.. sanggup tinggalkan semuanya dulu tok utamankan dowg..tp dowg slalu jew blakangkan i.. dah la plak, terima kasih pun x dek.. kawan ke 2?
i ada hal.. sanggup i tangguhkan tok utamakan dowg dulu sampai keluarga i sendiri i biarkan.. then bila i perlukan dowg... dowg mcm nak x nak je.... kawan ke 2?
i ada masalah sendiri ... tp sebab nak settlekan masalah dowg.. i buat mcm i x dek masalah jew..sebab i x nak terlalu beban kan dowg n nak bantu just nak dowg settlekan masalah dowg tu dulu..difikir2 blk kan,
biarkan jelah..salah i jugak...

lagi plak time gaduh.. dowg asyik kata i je nak menang... tp i ckp benda yang i rasa btul.. bila i salah i diam je.. tp dowg x nampak semua 2... skali i buat silap or slah dowg ingt selama2nyer...

maybe org akan ckp yang sepatutnye i ni len kali pilih kawan sebaik mungkin la. tp i nie jenis yang berkawan ngan sesiapa sahaja..nak buat mcm mana kan....hmmm. dah tu yang i rasa. maybe ada sesetengah kawan 2 nak memilih rupa paras yang HOt je.. nak yang berharta berpangkat berkedudukan... ada plak yang nak jenis 1 kepala ngan dowg je...
tp i x fikir pun mcm 2 asal kan dowg ikhlas nk berkawan ngan i cukup lah... tp i tau sesetengah dowg x ikhlas pun nak kawan ngan i sebenarnya.. maybe sebab i nie over perangai tergedik2.. hodoh.. x kaya plak 2 kan..dah 2, x sealiran ngan dowg.. WHATSOEVER!
nape je x ckp terus terang kalo x nak kawan.. kan senang.. sure I x ganggu hidup dowg lagi..

so skang nie biar dowg je yang buat keputusan dowg sendiri.. I x kan kata ape2..
kalo dowg nak mintak maaf? jauh sekali la kan.. selalu i je yang akan mulakan dulu pun.. walaupun benda 2 i yang x lakukan kesalahan.. tp xpew lah..benda 2 semua jadikan pengalaman berguna tok i sendiri..
jadi skang niew.. biarkan masa yang tentukan.. segala-galanya akan berubah.....
lagi pun i dah lama maafkan dowg.. cuma biar dowg wat keputusan sendiri..

(ini hanya luahan hati.. jika ada sesiapa terasa atau tersinggung i mintak maaf sangat-sangat dari hujung rambut hingga hujung kaki...walaupun ape yang i perkatakan... i tetap mempunyai kawan2 yang masih lagi ada setia tok menjadi sahabat terbaik i x kira kat mana2 pun dowg..DUNIA AKHIRAT KEYH!.. kalo yang terasa ngan i tu x dpt maafkan i.. i x leh buat ape.. skang nie i redha aje..)
salam

Tuesday, June 23, 2009

try dengan webcam baru jew.

gelagat amy pabila sudah bosan tahap maharaja. bergambar dengan webcam la kerjanya.

Masa : 2.55 a.m
Hari : selasa
Lokasi : luar rumah je


bosan macam saya

bau busyuk la

sapa itu?

senyum sinih gitu

Friday, June 19, 2009

Zoom In Langkawi

P/S : sorry lah yerh.. lambat update lah..dah tu x tersusun plak gambar2 nie.hehe


Lokasi : Pulau Langkawi, Malaysia
Tarikh : 27hb - 29hb Mei 2009
Hari : Rabu - Jumaat (3 hari)
Pengangkutan pergi : kapal terbang Air Asia -> LCCT (RM55)
Pengangkutan pulang : Feri dan Bas -> Jeti langkawi - Kuala Perlis - Kuala Lumpur (RM61)
Jumlah Perbelanjaan : RM550 (termasuk kes luar jangkaan..hihi)

time ni shahrul ngan danial tengah sebuk berkemas
snap-snap kat Tasik Dayang Bunting.. cantik!

rupa bentuk Pulau Dayang Bunting dari pemandangan di atas bot

Dataran Helang pada waktu malam
eagle feeding? banyak kot.. best aje tgk...huhu
shahrul ngan zakwan yang keletihan especially time hujan.(frust la 2 plan lari)

area cable car
shahrul dan danial dalam gendola

danial, shahrul dan zakwan dalam bot menuju ke Beras Basah, Pulau Dayang Bunting, Pulau satu lagi x ingat la(tanye shAhrul)...

lepas berpeluh ketakutan naik cable car..
shahrul


gendola pelancong lain dengan air terjun



kereta sewa yang di gunakan sepanjang kami semua di Langkawi, Kia Picanto.. bukan Kia Spectra aie yerhz (kenangan lama)!! hahaha

shahrul di Teratak Sri Tama, Kota Mahsuri..
amy poyo lah..

view

gembira kami bersama

baru lepas pergi buat tempahan dekat agen.
baru sampai kat Langkawi... haha.

bestnyer!





danial dan i kat dalam gendola







memang satu lagenda


Tuesday, June 2, 2009

Kaki Wayang : coming soon

coming soon...eeeee tatutnyer...
nie la kembar chaBBA dalam cite coming soon...hehe.. p/s:reena jgn marah,gurau aje!










Monday, June 1, 2009

Kaki Wayang : aku bukan bohsia..bukan bohsia!

cite die leh la tahan...tapi akan lebih bagus kalo garapan ending die buat dengan lebih kemas lagi...huhu....filem malaysia boleh!
lepas abeh tgk wayang nie la aktiviti wajib kami...bergambar sakan.

dani, man, amy, zack, sharul