Jom Keep In Touch ..

Monday, September 29, 2008

tips mudah nak kurus badan buat diri ku...lalala


1. Jangan guna jalan pintas(shortcut) yg boleh mendtgkan kesan sampingan cthnya tak makan nasi selama 3 bulan. Nasi adalah karbohidrat yg penting utk memberi tenaga. Karbohidrat, protein & lemak perlu ada dlm makanan seharian tapi perlu seimbang. Cuma kuantititi nasi hendaklah dikurangkan sebaliknya lebihkan makan sayur2an & buah2an segar. Cuba tukar gaya makan anda kpd ‘makan sayur berlaukkan nasi’ dan bukan ‘makan nasi berlaukkan sayur’. Namun diet hanya menyekat makanan/kalori berlebihan tetapi lemak dlm badan perlu dibakar. Jgn percaya pil2, ubat2 kuruskan badan.....kebanyakannya ada side effect....


2.Bersenam: senaman adalah pembakar lemak. Senaman perlu disiplin (minima 20 minit setiap kali, 3 kali seminggu) & jangan berputus asa. Mulakan dgn berjalan pantas atau berjogging atau berbasikal atau berenang bagi mengurangkan impak kepada sendi. Setelah stamina meningkat tambah masa senaman dari 20min ke 30min ke 45min dan seterusnya diselangselikan dgn mengangkat bebanan.



Thursday, September 25, 2008

berbuka puasa dekat komersial

berbuka bersama ni kire mcm reunion secara sulit dan kecil lah coz x smua dpt datang..hahah..
pada hari sabtu bersamaan 20.09.2008..


hayati lah kegumbiraan kami semasa berbuka puasa nie..
lalalalagmbr nie diambil dlm keadaan smua org tengah terkejut...apa lah danial..x leh jadi jurukamera tol...

time ni shahrul berbaju hitam x puas hati ngan i coz i asyik ambik gambar kat depan..hahahah

budak ni memang kelakar.,actually dia anak mak cik gerai yang kitorg makan 2...dah dia nak pose gak...bg jelorghh..

Monday, September 22, 2008

RaMaI YaNg TaK pUaSa!!!!

tadi lepas abis je kuliah.. member i si hana ajak lah gi pavilion. katanya kempunan sangat nak berbuka ngan j'co donut 2...

so i pun teman lah si hana ni ngan sorg lagi member i zakwan.. dalam perjalanan ke sana dengan si hana ni bawa keta hampir kena langgar ngan bas..adeyh.. mata i terbeliak tengok sorang mamat melayu ni bawak motor n ngan slamber je isap rokok.. bapa kurang ajar... bedebuih2 asap dia kuar...x posa ke?????...hurmm...itu ok lagi... i maybe salah pandang orang kan...

aleh2 time masuk kat tempat letak kete pavilion i tengok lagi sorg mamat nie lepak sorg2.. x silap dia staff yang keje dlm pavilion gak..ingat relax2 aje lah... last2 kat tangan ada gak rokok... adeyh ape punye islam ahh... lps dah nmpk i terus dia cpt2 blah.... bengong....

selang 3 minit kemudian ada plak 3 org mamat lagi lepak...baik punya layan rokok dorg.... adeyh... x terkata apa2..

ermm nak kata kerja berat kat pavilion 2..ade ke?? x silap i keje nya berdiri cuci mata..lipat kain....adeyh... 2 pun x larat nak puasa.... bukan suruh puasa seharian pun....


yang nie kat bazar ramadhan plak...
tukang jual makanan pun x puasa...ape kes??? adeyh... malunya i.... baik punye hirup air kat bawah...pandai plak cover2 nak ambik barang kat bawah konon... manusia x nmpk... ALLAH yang maha melihat tu jelas nmpknya...huhu

ermm i bukan nak kata aku nie perfect lah..cume biar lah secara logik akal pun korg2 x nak puasa... bapak i yang dulu keja buruh pun leh puasa...lagi ah angkat2 batu bata 2.... mak i mniaga kat bazar... dari pagi siap kan juadah tok jual... okeyh je....
kalo lah korg yang x puasa 2 atas alasan dan musabab yang btul x pew lah..
demam ke,sakit ke,uzur ke.... boleh la i percaya...hurmm....nie sihat walafiat... KENA TIMPA BALA baru nak sedar agaknya...hurm renung2kan lah....

Saturday, September 20, 2008

ceramah pasal remaja kat Kolej Poly-Tech Mara.KL

hurm semalam hari jumaat bersamaan dengan 19.09.2008 ada ceramah agama tentang remaja dekat kolej..

ceramah tu kalo x silap dari USTAZ DR. ABDUL RAZAK dari Universiti Malaya (UM).
mula-mula ingatkan bosan sangat. tengok muka ustaz 2 pun mcm garang semacam aje.. so buat2 lah mcm bg perhatian kat dia... dlm 5 minit yang berikutnya ceramah 2 jadi menarik sangat sebab ustaz 2 bg ceramah secara spontan so x terikat lah dgn skrip..

yang bestnya ustaz 2 siap wat lawak n kata2 dia agak kasar.. tapi kitorg yang dengar fham sangat napa ustaz 2 wat mcm 2...supaya kitorg x mengantuk n bosan dengar ceramah yang x happening..hahaha

paling x dijangka ustaz 2 very s8 2 da point... cakap pasal lucah2,nie semua sebab remaja yang ikutkan hati dan perasaan...hehe..
bagus la ustaz 2...

lepas dah bagi ceramah 2...time tok bebuka tapi b4 2 ktorg kena g solat maghrib.so kenalah makan kurma je dlu..hehehe..

kemudian lepas solat maghrib 2 kitorg baru dpt makan makanan berat...huhu..
nasi berlaukkan ayam msak merah dgn sayur kobis..eerm ok lah dari x dek..

now time tok solat ishak n terawih..hehehe... tp i ngan member i si haziq blk awal la jgk..
coz dia pun kena balik ke Subang...huhu...

so malam 2 berlalu dengan perkara2 indah je walaupun majlis 2 si PADDY yang i minat 2 x turut serta...
ahh yang penting kat situ datang tok dengar ceramah n i dpt gak bergaul ngan lebih ramai kawan2..hehehe...

Tuesday, September 16, 2008

...tengok bunga api kat putrajaya....

best gak time nie.... masa nie gi dengan danial n shahrul...
kami pergi bertiga je.. walaupun sikit..tapi meriah..

sampai2 kat erl putrajaya kitorg naik bas free g tempat 2,
lps dah sampai kitorg jumpa pasar malam..
huhu apa lagi si danial ngan sharul 2... borong sakan... beli x ingat dunia..burger,fishball,air,hot dog n mcm2 lagi...

dah lepas beli mknan kitrog lepak tgh2 padang btul2 depan bunge api 2,
ramai gak yg tgk.

so kowg nak tgk video bunge api time persembahan dari itali..
hopefully enjoys...


Monday, September 15, 2008

pengenalan dirinya...

ermm setelah lama i menyepi.. dengan x sengaja dan kebetulan dia datang mengisi kekosongan minda i.. masakan tidak dia teramat istimewa, dia dah berjaya buat i lupakan pada kekasih lama i si polan 2....

memang susah nak lupakan dia. tambah2 hubungan ni putus bukan sebab musabab yang logik..hurm..tp akhirnya muncul seorang yang memang amat istimewa. buat pertama kali i jumpa dia masa hari orientasi kat kolej.

tenungan dia lain macam je. dengan sifat si dia yang ada sebagai seorang pemimpin , charming , tinggi mcm yang i suka...x suka yang rendah2 sakit leher memandangnya.

PADDY... 2 lah nama gelaran yang i n zakwan(kawan baik i) bagi...
special nya nama nie... sebab nama nie dekat sangat dgn nama timbang2an dia...hehe..

harap ianye sebagai 1 permulaan untuk i mengenali diri dia...

Saturday, September 13, 2008

Adab berpuasa dan solat terawih

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)
Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.
Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

kurang ajar ngan mak

tadi i dah kuang ajar gila ngan mak..
i tak sengaja pangil mak i gila.. ahrghh,,ayat yang paling bodoh dan paling kurang ajar i dah ckp...

nie smua kes pasal baju.sebab baju laah terlepas cakap macam 2... mak ada cakap tadi.."mak akan ingat sampai mati"

arh berdosa besar i tadi.ermm i pun mintak maaf balik kat mak. mak yang i paling sayang di dunia ini. mohon2 ampun berbanyak kat mak.
amy kurang ajar sangat. malu nak mengaku amy ni anak mak...

Friday, September 12, 2008

novel yang amy dah baca!!



Rinduku umpama ombak yang tak berhenti, Kasihmu bagai pantai yang setia menanti"

Watak utama : Izzah Hariz ( Suami Izzah )Mila ( Isteri kedua Hariz )Datuk Sufiah ( Ibu Hariz,Mak Mertua Izzah




Sinopsis:Watak utama Izzah, seorang gadis yang dibela oleh bapa saudaranya. dan kemudian ingin menjadikan Izzah sebagai pelacur akibat kesempitan wang kerana berjudi.BErmulalah pertemuan Hariz dan Izzah. Izzah diminta melayan Hariz seorang ahli perniagaan. Bersama ketakutan itu, Izzah melutut kepada Hariz supaya mengambil dia sebagai seorang isteri agar dia dapat melayan nafsu Hariz secara halal dan diredhai. Hariz yang terkejut dengan tindakan Izzah dan menyedari akan hakikat sebenarnya..bersetuju tetapi dengan satu syarat bahawa perkahwinan itu harus dirahsiakan.Izzah dibawa tinggal di Ibu kota. Hariz yang lama kelamaan mulai mencintai Izzah tetapi tidak menunjukkan secara terang - terangan membuatkan Izzah mendapat tekanan perasaan. Akhirnya perasaan itu tidak dapat disembunyikan. Krisis sebenar timbul apabila Hariz dipaksa oleh ibunya untuk mengahwini Mila, teman sepermainannya sejak kecil lagi. Bagaimana caranya Hafiz menyelesaikan masalah ini.sebenarnya pada masa yang sama Izzah sedang menuntut di Johor atas kebenaran Hariz. ini adalah untuk mengelakkan cengkaman Datuk Sufiah.Kebencian datuk Sufiah sampai ke puncak apabila mengetahui bahwa Izzah adalah isteri Hariz bukannya perempuan simpanan. walaubagaimanapun Kerana keikhlasan cinta mereka, mereka akhirnya bersatu semula.


Pendapat peribadi:
novel yang paling best pernah amy baca.
mula-mula rasa geram teramat sangat dekat hariz.tapi makin lama amy baca,
makin amy dapat rasakan cinta dia pada izzah.
wahhh romantis habis. Jalan cerita tak bosan langsung..
kehangatan cinta dorang dua terasa aje.


sinopsis : kesinambungan perkahwinan rahsia Izzah dan Hariz dalam Ombak Rindu dipanjangkan lagi dalam "cinta...tiada akhirnya".

novel ini menyelami Izzah yang setia, hampir sempurna menyajikan cinta pada suaminya yang masih mencari diri sendiri dan cinta sejatinya.


Pendapat Peribadi : cerita dia agak kurang menyengat dari novel yang pertama.


tapi simpati dari amy mahupun pembaca pasti akan terjalin bila tahu yang izzah keguguran.perkahwinan yang banyak halangan dan rintangan.mengamit memori bersama kenangan amy sendiri.



Penulis : Anis Ayuni
Harga : RM 17
Halaman : 480
Terbitan : Alaf 21 Sdn. Bhd.
sinopsis : Di sebalik bukuAPAKAH nilai sebuah cinta bagi seorang gadis berlesung pipit bernama Ifti Liyana?Sejak bertahun-tahun, sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah. Nalurinya sentiasa menidakkan, benarkah mereka bercinta? Akhirnya, mereka kian jauh dan lelaki itu membawa haluan sendiri. Dia sendiri pasrah!Namun, pandang pertamanya dengan Nazmi, memutikkan perasaan yang aneh. Lelaki itu yang sekejap ada dan hilang seperti menyeru-nyeru semangatnya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Namun, keegoannya sering kali menepis kata hatinya. Tetapi bagaimana dengan rindu yang sarat ini?Berbolak-balik rasa hatinya. Antara keinginan untuk menyayangi dengan rasa pesimis terhadap kejujuran seorang lelaki. Dalam benci ada rindu, dalam sayang dia jadi keliru, apakah Nazmi benar-benar setia pada yang satu?Ah... sukarnya melafazkan kata maaf bila prasangka hampir meleburkan sebuah impian. Ifti Liyana akhirnya akur, cemburu buta dan hipokrit bukanlah sifat terpuji. Dia mengakui, Nazmi lelaki sejati yang diimpikan selama ini.
Pendapat peribadi : cerita ni lain sikit sebab penulis mengunakan kata nama diri 'aku' untuk membawa pembaca ikut serta ke dalam dunia novel ini.
amy baca pun seakan-akan berada dalam babak novel ini.romantik dan tak terjangka dek babak seterusnya..
menarik!