Jom Keep In Touch ..

Monday, May 31, 2010

misha omar dapat tempat kedua kat Gah 1

yeah.. akhirnya lagu cinta adam dan hawa tu dapat bawak balik award.. xkisah la tempat kedua ke ketiga ke asal kan ada kemenangan..hehe.. even misha omar tak buat persembahan malam tu maybe sedang sibuk berlatih dengan teater uda dan dara yang akan berlangsung di Istana Budaya (IB) tu..

so ini sebahagian rentetan cerita yang aku dapat untuk pertandingan akhir Gah 1 semalam.




Menepati jangkaan ramai, lagu Tak Mungkin Kerana Sayang nyanyian Alyah mengungguli Anugerah Lagu Terbaik pada pertandingan Malam Kemuncak Gah 1 Akhir malam ini.

Pertandingan akhir yang diadakan di Surf Beach, Sunway Lagoon, Petaling Jaya dan disiarkan secara langsung menerusi TV2 itu menyaksikan Alyah membawa pulang wang tunai RM40,000.

Alyah yang memberikan persembahan yang sungguh menarik menerusi lagunya turut melayakkannya mendapat anugerah Persembahan Terbaik sekali gus membawa pulang wang tunai RM10,000.
Lagu Tak Mungkin Kerana Sayang merupakan ciptaan Ajai dan liriknya ditulis oleh Habsah Hassan.



Pertandingan yang sebelum ini dikenali sebagai Hits 1 ini turut menyaksikan lagu Cinta Adam dan Hawa ciptaan Azmir dan Lolok dendangan Erni yang menggantikan Misha Omar meraih Lagu Tempat Kedua lalu membawa pulang wang tunai RM30,000.
Pertandingan yang menyerahkan penonton untuk mengadili menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) iaitu anugerah Lagu Paling Popular Pilihan SMS diungguli oleh 6ixth Sense yang membawakan lagu Khatimah Cinta dan menerima wang tunai RM20,000.
Lagu-lagu lain yang dipertandingkan pada pertandingan Malam Kemuncak Gah 1 Akhir ialah Rawan (Azharina Azhar), Pakai Buang (Stacy), Rindu Terhenti (Tomok), Bencinta (Faizal Tahir), Menggegar Dunia (Stacy dan Adam) dan Cinta Gila (Grey Sky Morning).
Barisan juri terdiri daripada Datuk Johari Salleh, Datuk David Arumugam, Prof. Madya Khairil Johari Johar, Adnan Abu Hassan dan Razlan Razak.
Pertandingan yang diacarakan oleh E’one dan Eyeja Arshad turut diserikan dengan persembahan beberapa artis popular.
Antaranya ialah Sarah Raisuddin, Nubhan, One Nation Emcees, Kumpulan Kristal dan Kumpulan Aisunam menggegarkan pentas Malam Kemuncak Gah 1 Akhir itu

terima kasih kat laman blog orang...;p

Thursday, May 27, 2010

kenapa dan mengapa???

yea kenapa dan mengapa...
kenapa amy x update kan blog ini dah?
mengapa lama dah entry baru tak di masukkan?
dah ketandusan idea ke amy oii..
adakah anda sangat sibuk???

haha..tidak tidak dan tidak sama sekali.. aku bukan la sibuk sangat macam artis hollywood sampai tak dapat nak update blog nie.. aku pun bukan la tak ada idea dah nak masukkan ke semua cerita.. walhal... aku nie seorang remaja yang sangat suka menulis.(angkat bakul sat).. tapi tapi kan, keadaan tak mengizinkan aku nak update blog ni... sekali lagi lappy aku dimasukkan ke dalam hospital..wah kali ini sangat parah kerosakkannya.. mana kan tidak... aku hantar lappy 2 bulan 4.. tapi akhir bulan 5 ini pun masih tidak siap-siap lagi.. yuep.. lappy itu telah dimasukkan ke dalam wad pakar sakit.. manakan tidak..lappy kesayangan aku tu dah mengalami buta dan badan-badannya mengahadapi patah yang amat terukk (ish2x..teruk bebenor la si amy 2..)

jangan la saling tuding menuding jari nye kawan2..saya nie kelihatan lembut di luar tetapi sangat ganas didalam.. kah3x...

tidak mengapa kawan-kawan..aku amat tabah menghadapi penantian yang tidak berkesudahan ini.. di harapkan anda semua.. yeaa anda di sana... ala yang itu!!! yang sibuk membaca entry ini.. di harapkan masih ingin lagi menjenguk dan menayangkan lagi diri anda di blog aku yang tak berapa nak kelihatan seperti blog ini..hehe..

wink wink (*,*)..
wassalam,
amy sidek

Monday, May 3, 2010

Ingat Lady Gaga je ke yang ada fashion gitu?? haha

hello korang..
lama la kan aku x berdating ngan u oll kat sini.. hehe..
ape2 pun..
berbalik pada tajuk yang aku bagi 2 kan...
masa tengah belek2 kat utube.. entah macam mana aku boleh tersangkut tengok mamat rusia ni nyanyi..
aku tabik la kat die coz boleh sampai high notes/pitch.. sangat memberangsangkan..
macam bukan suara die..haha...

n berkenaan dengan fashion2 pelik kat atas pentas..
aku rasa die nie la sebenarnya pencetus baju pelik versi lelaki.
lady gaga ambik dari die la kot.. haha..