Jom Keep In Touch ..

Tuesday, July 20, 2010

Taxation??? macam-macam kena charge tax ke?...hahaha

salam satu Malaysia pada semua walaupun ade yang tak sejiwa kat Malaysia ni kan..haha
salam pembukaan kan satu intro yang baik... tak gitu dong? (eh sowie2 terindonesia pula)...

hari ini bukannya apa... cerita aku yang biasa untuk di masuk kan ke dalam diariku shahir amy. (perasaan budak AF jap!! haha)... tak gempak macam cerita artis-artis Malaysia yang penuh kontroversi di luar sana nun... hehe.. okeyh2, berbalik kepada topik yang hangat kita ini hari. aku ada 2 quiz hari ini.. alahai, costing ngan taxation je..wow,gempak seh!.. gempak la sangat..he3x

alhamdulilah la kawan-kawan, aku dapat buat costing. tak ada la nak bangga kata senang. tapi yakin la dapat buat..(cewaah profesional la katakan). tapi tapi dan tapi.. aku tidak mampu untuk memberikan segala curahan idea taxation yang beku di dalam otak ini untuk di leraikan pada kertas kajang yang kosong itu...uwaaaaa nak nangis..;)

ilustrasi di sini dapat mengambarkan keadaan aku di dalam kelas tadi..(dah la tak ada air corn) haha...;p

p/s : madam, ajar la tax itu leklok sikit...huhuhu

Monday, July 19, 2010

Happy Monday U'oll !

yeke korang happy dengan kewujudan hari isnin ini.. oh tidak sama sekali la bagi aku yang jadual penuh lagi mampat ibarat kuih tart itu... subjek pula tak hinggat dia punye susah, buku tak hinggat tebal bagai kek lapis sarawak si abang eddy ku itu.. fuihh letih tangan anak en. Sidek membawanya...gigih pergi kolej naik motor cap tip top service...ko ade? haha

hari ini kelas s8 dari pukul 8 hingga la pukul 2 petang.. haa ko mampu tak ada break?? lunch apeer entah lagi kan... yang adoo!! then bila dah lesu dan fenat yaa amat... nak-nak "pekena" nasi goreng ayam black paper kat kedai apai lepas pukul 2 tadi.. fuuhh mavelesss.. dah tu kelas kol 3ptg jap lagi ini..  yang si shasha plak ajak teman pegi tesco ampang... haa ko ada dugaan macam itu untuk melarikan diri daripada merajinkan diri mendengar ceramah dari lecturer mu itu..? lagi la kaki malas nak jejak balik masuk kolej..hehe3x


jadi kesimpulannya aku membawa diri ini pergi menemani shasha dan dila a.k.a along xdek sapa nak tolong 2 pergi ke tesco... ingatkan hati ingin meneman 2 kuntum bunga tu je.. aleh2x... aku yang extra shopping... sampai kaunter je haa corn flack 1 pack, nestum 1 pack, roti hot dog beserta susu dutch lady 1 kotak.. hehe... habis duit kak shidah aku guna.(sowie mak, borong sikit je),

jadi sekarang ini sudah sampai rumah... diri ini sudah hangit cap seharian.. mau pergi fresh kan diri..
mau pergi mandi berkemban.
chau cincau~!
wassalam.

Sunday, July 18, 2010

Mizz Nina buat aku dan satu Malaysia berbangga..huahua

hello2x...kali ini aku tak nak cerita pasal diri aku sepanjang minggu ini.. aku nak cerita pasal sorang minah yang membuatkan bulu roma aku naik.. bukan sebab dia hantu okeyh.. ni sebab dia adalah salah seorang penyanyi kelahiran Malaysia yang menyanyikan lagu bertarap antarabangsa.. alah senang cerita kan.. lagu english gitu.. ooo i loiike...;p

yea yea penyanyi tu namanya mizz Nina. yelah maybe dikalangan orang-orang yang arif dalam dunia hip hop ni kenal la dia kan.. dia ni selalu bekerjasama dengan bintang-bintang hip hop kat Malaysia macam Too Phat dan tak salah aku penah jugak dengan Dayang Nurfaizah..Beyonce Malaysia tu..hehe

yelah dia nie kira macam cik Che'nelle kite tu lah yang Che'nelle kita tu kelahirannya asal dari Sabah gitu (bangga kawan yang tak pernah aku berkawan tu..orang sabah katanya) haha.. berbeza pula dengan Mizz Nina kita sorang nie katanya dari KL..tapi tak tau la orang jati KL macam aku nie...hua3x....okeyh2... cakap lebih-lebih pasal minah ni tak guna kan..sebab rasanya baik kita semua enjoys dengan lagu Mizz Nina kite nie.. anywhere kalo korang semua nak tau lebih lanjut tentang dia korang semua boleh la mengedikkan diri untuk menjengah kat dia punye website click kat sini...Mizz Nina




p/s : pasal dia sexy pun jadi bahan gossip.. please laa dont judge a book by it's cover..omputih ko! haha

Sunday, July 11, 2010

bila wang saku kehabisan...

uwaaaa..
rasa nak nangis je......
 skang nie aku telah kebuntuan idea yang bernas macam mana nak cover balik semua duit yang aku dah guna....
yelah sekarang ni sangat sesak kehidupan aku tanpa mempunyai duit di dalam poket.
cuba bayangkan yang aku nak kuar kan duit untuk membeli secawan milo pun kena pikir 2x.. huahuahua

masakan tidak duit aku yang habis itu turut keluar mengalir untuk membeli buku-buku yang tebal lagi mahal harganya itu. dengan 6 subjek baru dengan sebuah buku menelan belanja berpuluh-puluh ringgit..
wah duit ibarat seringan kapas apabila dia terbang pergi begitu sahaja..
uwaaahh,,,(tekup muka dengan tangan).. MAHALNYA!!!!

jadi sebab mahu mencapai kejayaan di menara gading..terpaksa la aku korbankan cinta keinginan aku pada benda yang lain..so, pelbagai element yang perlu dikeluarkan, diketepikan dan diendahkan dalam hidup aku buat masa sekarang untuk menanggung kos ke atas pelaburan buku aku 2..
huhu
..
1. produk kesihatan dan kecantikan =(
2. baju dan seluar fesyen terbaru
3. mengawal perbelanjaan seharian..

azab sungguh aku nak cover sebulan ini..
p/s : nak mintak abah dengan mak malu sebab dah pakai banyak duit...hehehe

Thursday, July 8, 2010

Tribute to Tompok..

,tompok omei..
rindu nak peluk tompok...
(T,T)

video kenangan mengurung tomok yang hyper...he3x
tapi skang nasib baik la ada penganti tompok iaitu utih... utih si jantan getek.. kuat gigit telinga orang..hahaha
nanti aku update pic utih ok... huhu

Wednesday, July 7, 2010

sudah masuk sem 5

yihaaa..
seronok sgt..
excited gila... sebabnya aku tak ada repeat paper..
so, aku dapat teruskan study aku untuk sem 5 ini dengan tenang dan sempurna..
hopefully semuanya berjalan dengan lancar dan tiada masalah yang akan timbul...
aku maksudkan masalah yang besar besar belaka..
amin..