Jom Keep In Touch ..

Sunday, January 30, 2011

Atas Permintaan...

pengumuman, atas permintaan sesetengah pihak.. ade yang menyuruh aku meletakkan muzik kat dalam blog aku ni... katanya supaya ada feel BAAAIKK PUNYE nak baca segala entry yang ada kat dalam blog ni..
erm aku sebenarnya macam malas nak letak.. macam lagi semak dan menyusahkan untuk stalker dan pembaca-pembaca setia blog akan meluat nak dengar..*follow jangan x follow* 

of coz, korang ade playlist korang sendiri.. tapi tak pe.. kite tengok brapa ramai yang suka berapa ramai yang tidak.. hehe..
so oleh kerana pengubahsuaian ini berlaku.. ruangan cit cat/tinggal jejak terpaksa di hapuskan sama sekali bagi mengurangkan sedikit berat dan beban yang blog ni tanggung.. tapi korang still lagi boleh komen- meromen kat ruangan yang di sediakan.. pendapat/kutukan/tinggal jejak/beramah dan segala macam lagi korang boleh buat.. so, jangan lepaskan peluang untuk komen-komen kat sini...

berbalik cerita pasal kenapa perlu ruangan tu dihapuskan...
yelah, ramai jugak pengguna berukband yang kure-kure.. so, loading lama plak.. kesian kat korang-korang yang kena tunggu lama nak buka blog aku ni..(ade ke orang RAMAI yang membaca?)

jadi, percubaan pertama aku ini akan dimulakan dengan bismilah..hehe..
then lagu adalah daripada lagu pilihan aku sendiri.. oh yerh, sorry guys, this is autoplay version.. please click stop/pause button if u don't want to listen this kind of song..hwa3

P/S : tolong tinggalkan pesanan supaya aku tau yang korang nak ade lagu or tidak kat blog ni..TQ

Saturday, January 29, 2011

Tak Ada Kerja Cari Kerja

try main edit-edit gambar.. hahaha..
keje yang best dilakukan waktu-waktu kebosanan dan kekeringan wang saku...=)
hari sabtu korang semua mcm mana plak?
mesti penuh keseronokan..uwaaa..jeless..

Thursday, January 27, 2011

Membongkarkan Apa Yang Terbuku...

wah, dramatik giler title.. kalah filem seram thailand nie.. haha.. yuep, as usual...tajuk dah mengambarkan apa yang aku mau tulis dan cakap kat blog nie.. bukan nak malukan sesiapa, cuma nak luahkan apa yang dah terpendam dan terkambus YANG sangat dalam kat hati ini..
sehinggakan tidak mampu lagi menampung..mau tertimbus kot kalau biarkan lama-lama...
ini cerita bukan nak menaikkan trafik blog yang memang dah tau, confirm-confirm x laku dan x fames-ames macam blog-blog yang sudah well-known seantero Malaysia ini kan.*x yah disebut-sebutkan blog mereka, mana pegi mesti ade je org follow ngan komen*..T.T. 
aku sangat sedar itu semua..hehe.. 

berbalik pada cerita asalnya... pembongkaran ini akan di buat apabila tiba waktu yang tepat.
tapi maaf, ceritanya bukan sekarang... sebab ianya based on true story...
haa, nak tau? kena laa tunggu entry akan-akan datang..
BUKANNYA APE....
  
 aku perlu buka top secret file yang berabuk aku dulu untuk mengkaji segala cerita-cerita itu...
tapi yang penting, aku tak akan biarkan korang tunggu lama-lama sampai jadi macam tengkorak kat bawah ni.. OKEYH??! kang biar lama-lama plak bukan korang yang jadi tengkorak, blog aku ini pun terus ke kubur jawapnye...=))


p/s : untuk kebaikkan bersama...

Saturday, January 22, 2011

Amy and the Chocolate Factory

Entry nie over, warna-warni macam Amy  Alice in Wonderland.. haa, nie mesti ade sebabnya...

Trivia - Charlie and the Chocolate Factory, cerita die berkenaan dengan seorang budak lelaki yang berada dalam keluarga yang miskin serba kekurangan dapat peluang untuk melawat sebuah kilang coklat bertaraf antarabangsa yang fames ames kat seluruh pelusuh dunia tu, Wonka Factory..kilang coklat yang istimewa kerana coklat dibuat dengan cara yang sangat unik dan lain dari yang lain..hehe..

jadi perkara yang sama tapi tak serupa berlaku pada aku.. tajuknya Amy and the Chocolate Factory - cerita ringkasnya, aku dapat lucky drew di antara tiga orang budak kelas aku yang terpilih untuk pergi ke kilang coklat

So, keesokan harinya (bersamaan hari jumaat) dengan excited nya rombongan menaiki sebuah bas bertolak dari kolej ke kilang tu dekat Sri Kembangan berdekatan dengan UPM

sampai je kat sana, kitorang semua diberikan taklimat ringkas tentang sejarah coklat, pembuatannya dan blah blah.. yang penting announce dari kakak yang ramah itu "dekat sini x boleh amik gambar atau rekod video yerh,terima kasih".. private & confidential katanya.. BAIKK,kami faham!!

sebab lawatan nie dibuat kerana mahu mendalamkan ilmu yang cetek dalam subjek costing.. so kena la tengok cara-cara pembuatan coklat, dari 1 proses ke 1 proses, materials die, dari raw jadi finish goods and etc.. so untuk pengetahuan semua, coklat telah dijadikan sebagai minuman suci oleh kaum/puak Maya pada tahun 250-900 masihi lagi dan dibangunkan dieropah pada zaman awalnya lagi *cewaah, telitinya aku belek-belek kat wall kilang tu tadi*.. =)
seperti biasa sangat seronok berada di kilang pembuatan makanan terutamanya coklat nie kan??.. 
yumm yumm..
bau harumannya sangat membangkit keghairahan... menaikkan nafsu shawat.


fid, tu blah sana kita tak tengok lagi laa..                   ermm rasa macam nak beli lagi, tapi..

ending die yang x sabar sebab nak masuk die punye showroom.. kat situ la macam-macam stok coklat yang aku nak beli ade..hwa3.. dok belik sana-sini, dok pikir itu ini... adelah perabis jugak duit dalam RM49.90++..keke.. (orang lain pakat beli 1 beg, ko je beli sampai 2 beg amy! giler gemuknya perangai ko..nie kes hasutan cik nurhidayatul ain la ni...haha) jadi sempat la belikan coklat kat kawan-kawan terdekat untuk bagi dorang rasa.. nik,farah,nadhirah,zakwan,amri, enjoys ur free chocolate. yang len x yah touching-touching x dapat, stok sudah kehabisan dibaham oleh harimau pelik! =))

disini juga ada menjual ice-cream 
 muka dah dapat coklat!!
 lembu punye susu, boleh buat coklat...
wif my lecture and her friends.. dua pengapit itu member saya.. 
 okeyh semua, dah cukup memborong???
jom balik yerh, petang kang saya nak tengok Khurafat pulak.... 

tentang mereka : 
No. 2, Jalan Raya 7/1, Kawasan Perindustrian Seri Kembangan 
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel : 603-89436136
Fax : 603-89436021
Operation Hours : Monday - Friday from 8.30am to 5.30pm, Saturday until 3pm
oh yea, tak silap aku kilang die still ada sales untuk sesiapa yang meminati coklat.. sales sempena Chinese New Year. nak tahu segala benda mahupun produk dengan lebih lanjut tentang Beryl's Fine Chocolate, boleh la click kat sini. 

nota kaki : jurukamera - ahmad fadly

Thursday, January 13, 2011

AF9, Menuju Puncak Kembali...

hola hola hola...
aku kembali dengan informasi yang terbaru yang pasti akan membuatkan semua bakal-bakal anak seni terbaik negara bakal menjelma... yeke? yea,insyallah boleh kalau ade rezeki.. tapi sebelum nak capai matlamat. mesti kena ade planning dan peluang yang baik nak masuk dalam industri seni suara mahupun lakonan nie..

hmm nak kena ade ape untuk merealisasikan impian itu?
haa para pembaca semua merangkap kawan-kawanku di alam maya ini yang nak jadi famous star, super star dan starfish  macam artis no 1,2,3 di Malaysia ni seharusnya mempunyai sedikit bakat yang mampu di gilap jadi shiny2 macam gold tu.. baru laa ade peluang yang cerah nak mengembangkan bakat korang dan terbang lebih tinggi *tak de laa dok berangan macam aku yang asyik sangat menyanyi sumbang dalam tandas dan berlakon babak-babak tragis di depan TV*..hwa3

bagaimana caranya yang mampu saya dapatkan peluang yang berharga tu??
oh senang.. masuk la pertandingan yang selaras dengannya.. antaranya : 

masuk la ratu cantik kalau dah cukup yakin diri tu jelita dan asyik di puji-puji orang yang awak tu cantik macam Miss World/Universe, yang lelaki masuk la Manhunt Malaysia kalau badan dah cukup kekar dan raut wajah "goges2" gitu.. sebab artis pun ade yang lahir daripada pertandingan2 macam ni.Erra Fazira sebagai contoh.. (tapi saya tak cantik dan tak tampan)..xpew...

korang boleh try masuk pertandingan nyanyian.. haa nie jalan sewajarnya yang perlu kalian amik..nape? sebabnya korang kan memang nak jadi penyanyi..so nie laa pentas yang sesuai.. aku cadangkan korang g audition Mentor..(ngok ke ko?! dah tutup kot!) ooo lupe. ape kata korang try jadi Anna Rafalli plak..try macam die buat.. masuk kan video nyanyian korang dalam youtube.. untung sabut timbul, untung batu tenggelam mana la tau aidil afian cari orang yang berbakat seterusnya melalui Youtube jugak.. *pastikan nyanyian anda original*

amy, kan berlambak giler video orang menyanyi kat Youtube.. dorang cover lagu itu la, lagu ini la, lagu omputeh, lagu indon, lagu hindustan, lagu korea laa.. macam mana nak menyerlah??
erm susah la kan.. sian kat bakat-bakat yang betul-betul berbakat nie kan..
jangan risau, jangan gundah gelana, jangan ragu-ragu... seperti tajuk entry ini.. akademi fantasia 9 [AF9] kini kembali.. dengan cara yang lebih sistematik dan maju.. korang boleh apply nak masuk pertandingan nie melalui online dari 13hb-26hb Januari ini.. *cepat-cepat sementara ada,masa tak menunggu anda*


yelah macam mana???!
ouh lupe nak bagitahu kat korang.. korang kena follow semua langkah-langkah yang akan di berikan dengan sebaik-baiknya..dan video youtube korang tu akan dipilih kalau sememang korang adelah dari kalangan orang-orang yang berbakat besau...korang boleh tengok segala langkah-langkah dan informasi selanjutnya dekat web ini. klik sini 

semoga korang dapat mencuba dengan jayanya.. gud luck yerh...

p/s : dengar cite AF9 adelah AF yang terakhir...


Wednesday, January 12, 2011

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE-21 (NAZRIN DAUD)


kepada Muhammad Nazrin bin Mat Daud *siap bagi nama ic lagi*
sah-sah jam 12 tadi malam u tunggu orang wish kat facebook,kat phone bagai kan??.. tengah kira brapa orang dah wish laa.. tunggu orang kol tok nyanyikan lagu "happy birthday to you" laaa.... feeling-feeling artis katakan bila semua pakat-pakat nak cari u katanye...
arghh sorry, i xdek makna nak buat semua tu...pukul 9.30 tadi i dah tidur. x larat laa!
 i nie naz.. buat lebih special okeyh... kata kawan since darjah 1 sampai la sekarang nie (bangga x?)... brapa lama ek? almost 15 years.. omg, kalau anak perempuan dah jadi anak dara dah.. kalau lelaki plak dah leh jadi anak ikan dah.. hwa3...

so sangat bertuah laa u i nak wish dengan cara macam nie... ade orang mampu update blog semata-mata nak wish kat bestfriend forever dowang tu time pagi-pagi macam gini?.. background muzik terbaik tau... orang mengaji dari surau tunggu azan subuh... haa ADOO? XDEK OKEYH!

so x payah nak lebih-lebih..
dengan ikhlas hati i nak wish kat u... nie bukan propaganda akhbar mahupun auta dari farah fauzana kt hotfm tu.. ini sangat tulus dari hati ke hati...

selamat hari lahir yang ke-21 buat sahabat ku yang telah lama ku kenal, semoga kau diberkati oleh Allah S.W.T di dunia dan di akhirat. semoga hidup mu lebih aman,tenteram,selesa dan bahagia di samping orang yang tersayang dan mendapat segala apa-apa sahaja yang dihajati cepat mahupun lambat. Mendoakan kesejahteraan dan kesihatan kau serta diberikan umur yang panjang untuk membalas jasa pada keluarga,sahabat (aku terutamanya),negara dan bangsa dan menjadi seorang insan yang baik dan berjaya kelak - amin.
haaa dari lubuk ikan  hati nurani i terus-terang..
haa dah bagi ucapan confirm-confirm nak hadiah laa 2...ermmm, i punye u bagi tak taun nie..hwa3..
nak celebrate? ade ke masa nie...hmmm
nanti i pikir-pikir kan..skang tengah kering kontang poket nie dok membeli buku yang mahal-mahal tu..

sekadar gambar hiasan
(kalau nak beli kek sendiri)


Wednesday, January 5, 2011

Ultraman sibuk bunuh Raksasa..

I am so sorry. i'll update my blog as soon as possible.. busy exhausted jadi sibuk penat...  for now,
busy with my collage stuff , friends n family..going there, waiting here, doing that n so on... it's really make my life so pack like ayam penyeks..apologize to all the readers from bottom of my heart.. gittuu.. speaking pun berterabuk bubur..ade hati kan?? hwa3..

note : kehidupan dah lancar seperti biasa, baru ada entry baru untuk kalian..