Jom Keep In Touch ..

Friday, December 31, 2010

jatuh cinta pandang pertama award...

haaa? ape maksud title nie..ermm aku blur seketika.. yelah macam pelik je.. cek kat citcat/tinggal jejak cik feeda ade komen tetibe kata aku di tag olehnya.. ape kes? x faham laa.. jadi pergi la dengan tertanya-tanya apekah yang di maksudkan oleh cik feeda nie..ouh rupanya aku dapat award daripada cik feeda sebagai "nice blog award" yang pertama aku terima sebagai seorang blogger..
tadaa!!

 terima kasih daun keladi yerh!! hehe.. tapi sebelum sah award ini menjadi milik aku.. aku kena menjawab beberapa soalan-soalan cepu emas ini...


1 Blog Cik Feeza dimata amysidek, jawab dengan jujur ye ? 
(link hendaklah di gantikan dengan url si pemberi award)

jawapan saya : blog cik feeza ni sangat ceria kerana ade pelbagai warna seakan-akan pelangi.. sesuai dengan seorang gadis remaja dan blog die sangat indah dan mempunyai bling-bling ibarat menyanyikan lagu bunga-bunga cinta..hehehe

2. Nama blog korang dan kenapa letak nama tu?

jawapan saya : nama blog aku adelah Once Upon A Time.. omputeh sangat kan?? nama nie aku create sebab aku suka sangat cerita Cinderella.. kekadang satu angan-angan dan kisah dongeng boleh memberikan juga kenyataan dan realiti dalam kehidupan.. so kehidupan aku ini boleh di katakan fantasi dalam realiti laa.. nampak macam mustahil akan dapat.. tapi bila ada keajaiban.. ianya betul-betul berlaku dalam hidup aku.. so sesuai kan nama blog aku tu..hwa3..

3. Lima perkara yang korang suka?

jawapan saya :
  • cuci mata - wow, best tu cuci mata.. kasi clear~!! 
  • berangan - rasa-rasa aku leh jadi jutawan x??
  • melepak - bagi la aku 24/7 lepak.. confirm x jelak.. 
  • duit - kasi duit mata aku sure terbeliak, sengeh sampai ke telinga 
  • tidur - kalau aku dapat tidur berjam-jam pown aku mampu..

4. Lima perkara yang korang benci?

jawapan saya :
  • kuat menipu/hipokrik - orang yang macam nie rasa nak kena tumbuk kuat-kuat ngan aku.
  • mungkir janji - kalau dah pandai berjanji cuba la tepati...
  • binatang mengelikan - lipas, ular, katak, biawak dan seangkatan dengannya...ERRGGHHH!
  • bergaduh - aku tak suka gaduh sebab kalau aku gaduh... semua orang boleh tau aku tengah gaduh
  • berpisah - tak suka ouh benda nie.. buat aku sayuppp!!! sob3

kan senang je jawap.. macam sesi interview bersama wartawan dan sesi perkenalan di dalam kelas plak.. mudah.com pun kalah..keke.
skang nie aku nak share kan award nie kepada kaki tangan blogger yang aku rasakan sangat best untuk di kunjungi dan merupakan blog yang rajin aku bukak.. buka laptop mesti tengok blog dorang.. tak sah kalau tak tengok.. yeke?? yelah tue.betul tak tipu!.hahaha

calon-calon dan merangkap sebagai para pemenang adalah :

wahai para pemenang, korang leh tuntut dan letakkan award nie kat blog kowang dan jawap soalan-soalan seperti soalan-soalan di atas.. 
copy gambar ini dan jadikan sebagai semangat untuk korang ber'blogging' lagi.





Thursday, December 30, 2010

Misha Omar jadi Pencuri???

semalam kecoh pasal bola sepak Malaysia lawan Indonesia dalam piala AFF..  yelah, Malaysia dah menang jadi macam-macam tuduhan yang di buat oleh peminat dan penyokong Indonesia..kes tak puas hati laa tu!
untuk menunjukkan rasa ketidakpuasan hati dorang terhadap kekalahan mereka tu, semua auta kuar dari mulut dorang.. 
tapi yang aku pasti, dorang ni kalau dah kalah pun akan cakap bukan-bukan.. kalau dah menang plak, lagi la merapu meraban cakapnya...itu ini semua tak kena.. walhal dah tau kenyataannya.. cuma dorang suka putar-belitkan keadaan.. perbesarkan isu yang kecil, nak lawan debat katanye..hmmm.. okeyh, cerita tu tamat di situ.. apa-apa pun Malaysia dah bawak balik piala AFF itu dengan cara yang sah yerh..terima kasih! 
Malaysia Boleh!

sekarang yang nak di ulaskan pula tentang konflik yang melanda penyanyi Misha Omar dengan penyanyi senior dari seberang iaitu Imaniar.. kontroversi berlaku bila si Imaniar nie mengatakan Misha dah curi lagu dia iaitu lagu semoga abadi dari album pertama Misha. fuhh! dah lama kot.. kalau tak silap aku tahun 2002 lagi.. so, nape tetibe je nak bangkitkan isu nie skang.. kenapa tak buat dulu-dulu lagi? tertanya2 bukan? cari publisiti murahan ke? atau sengaja nak memburukkan Malaysia mahupun Misha Omar itu sendiri?? aku pun tak faham dengan orang indon nie..

dah sah-sah dalam album Misha tu ade nama penulis lagu itu sendiri, ianya telah dicipta oleh Ate M dan Imaniar serta penulis liriknya ialah Jossie Hitijahubessy. kalau tak percaya lagi, soh manager ko beli album Misha nie yerh cik Imaniar..haha
tue!!! aku dah highlight siap-siap nama die.. haa tak puas hati lagi ke?? podaah!

tak silap aku selain lagu Semoga Abadi, Misha ada nyanyikan semula lagu Jangan Berakhir.. daripada penyanyi yang sama juga...kejap aku mengigihkan diri upload video tu kat sini...



lagu : Semoga Abadi [2000]
penyanyi : Imaniar

VS

lagu : Semoga Abadi [2002]
Penyanyi : Misha Omar

lagu lain yang di nyanyikan semula...


lagu : Jangan Berakhir
Penyanyi : Imaniar

VS

Lagu : Jangan Berakhir
Penyanyi : Misha Omar

nak! korang boleh bandingkan sendiri, aku tak nak over-over cakap yang bukan-bukan.. kalo aku cakap lepas nanti macam-macam yang kuar.. aku masih lagi orang Malaysia.. masih lagi ada adab dan sopan-santun.. NUNnnn!! dorang ade? maki hamun lagi adalah.. 'Maling' macam kitorang kat Malaysia nie jugak bagi rezeki kat korang, bagi anak beranak ko makan kat indon..isi perut penuh dengan rezeki dari negara ni jugak... jangan sedap mulut je... jangan buang tahi kt orang tapi tahi 2 sebenarnya dah lama kering kat muka korang sendiri. orang banyak tolong tak sedar diri...bersyukur je boleh x??!
aish! annoying betul!

setahu aku benda ni dah di perjelaskan dengan lebih lanjut oleh Pengarah Urusan Sony Music Entertainment (M) Sdn. Bhd., Encik Adrian Lim.. so korang boleh search sendiri kat google mahupun blog-blog entertainment ternama di Malaysia nie. so jangan tunding jari sesenang hati cakap orang Maling/pencuri..!!!
ngomong sama tangan! hwa3

p/s : tunduhan tanpa asas adalah orang yang tolol!

Wednesday, December 29, 2010

Win Win Win

Tangan dok mengigil sejuk sebab diri gatai2 dok buka kipas time hujan renyai2 ni.. dah tu plak, angin dingin yang berderu masuk kat dalam rumah tak hinggat punye dingin! (motif feeling2 dok oversea katanya, haa, ko mampu?!)
sambil mata ni gigih tengok perlawanan bola kt tv....*eh,dh abis laa,edit2 blk entry* 
yeaahh, Malaysia Juara laaa!.. seronok bila kite dapat menang kan, tak suka bila kalah.. excited bukan main ko kan mie! hwa3.. jiran tertangga semua dah buat pesta main mercun bagai..good2, ade semangat tu..hehe..

motif entry nie asalnya nak umumkan jadual waktu untuk sem baru ni.. tapi alang-alang detik dan waktu seiring dengan kemenangan Malaysia untuk piala AFF.. apelah salahnya blog ala kadar ni nak mengucapkan tahniah di atas kejayaan pemain-pemain bola sepak kite buat julung kalinya memenangi piala AFF *if i'm not mistaken*..

tengok tu, gah kan..harimau kita!

TAHNIAHTAHNIAH dan TAHNIAH!!!
credit : kosmo
(eh ade vampire laa)
_________________________________________

HAA,sangat over nak ada divider.. ala, saja la nak pecahkan cerita lain dengan cerita aku..itu gunanya belajar math, sistem pecahan kena betul..hehe.. tak kan tak boleh kan? huhu.. 
hip hip hoorey!! saya masih excited dengan kemenangan Malaysia dan saya juga berasa sangat gembira kerana semesta depan yang akan bermula 3hb Januari ni menampakkan tanda-tanda positif untuk aku menjadi seorang yang rajin.*azam tahun 2011*

kenapa tidak? jadual kelas yang amat selesa untuk di ikuti dan masih lagi duduk satu kelas dengan kawan-kawan yang lama... ermm kawan yang lebih lama tu tak dapat laa kot..Shasha, Zakwan n Bonzer The Gang, dowang kan kelas ngan budak-budak dekan.. aku tak mampu. so jangan tanye pointer cgpa aku...(T,T), makan cukup-cukup bukan cukup-cukup makan okeyh..haha
takpe2 bukan takbole jumpa kat area kolej tu kan dude/babe..hehe..
aku ni kan penjaga merkastua kat kolej tu, sentiasa ada je memanjang ke hulu-hilir buat orang muak tengok..

btw, korang nak tengok tak jadual aku?? buat-buat nak laa walaupun tak ada kaitan dengan u guys.. 
tak jelas ke pic ni? gunakan mouse mahal korang n click pada gambar untuk tumbesarannya sendiri..
jasa baik kamera encik Zakwan

haa nampak pack kan? tapi cuba korang tolak FAR300, korang buang FAR250, then korang tarik kuar TAX320..itu semua dah tak di perlukan untuk aku.. dah selesai. tak mo toleh-toleh blakang..x mo pandang belakang dah nanti kena tegur susah! haha...

jadi, guna kan imaginasi anda semua melihat jadual aku itu.. amacam? isnin kaw kaw punye best..
1 kelas je ke mie?
ahaa, 1 kelas je.. pukul 10 sampai 12 je *dengan menabik dada* tak perlu bangun awal dan balik plak awal-awal.. ouh, indahnya... sure-sure hari isnin adalah hari malas sedunia untuk orang yang bekerja dan belajar.. haa, dah dapat jadual macam ni.. mesti hari-hari minggu aku penuh ceria!! macam astro ceria.. "untuk kita-kita aje"...hehe

then jumaat tak ade kelas petang ek??? 
ahaa, tak ade kelas petang pun.. *tersengih sambil mata melirik ke atas a.k.a BANGGA*.
euu poyo doh!, eh poyo sikit je.. gumbira tu yang lebih..hehe..
harap-harap jadual dah tak bertukar dan just flow seperti biasa.. 
mood : i'll attend all the class ocay!! *then muke kembali serba salah* tanda tak yakin dengan diri sendiri mampu melakukannya..(T,T)

so itu saja khabar untuk hari ini.. dah, dah, dah.. g main jauh-jauh..
xOxO

Sunday, December 26, 2010

Chef Celup : Resepi jemput-jemput bawang

hari-hari minggu macam nie, memang sangat seronok kalau bangun tengah tengah hari buta.. time matahari dah terpacak atas kepala kan.. tapi, bila bangun je.. tengok rumah kosong, sunyi sepi.. tertanya-tanya...
hye, mana dorang semua ni.???
pergi dapur.. kosong!! ala mak tak masak la ari nie... oh!! baru teringat yang mak ngan abah pergi tengok yob accident..yob tu abang aku tau.. yea abang sulung...hash! takpe2, boleh ikat perut lagi..so online dulu.. detik berlalu, jam menunjukkan pukul 3, pukul 4 then pukul 5 then pukul 6.. adeyh.. tak tahan nie.. mesti melakukan sesuatu.. jom belik2 ape ade kat dapur... ermm, aku nampak tepung, aku nampak bawang.. haa.. idea sudah mari... TING!
mari kita buat cucur aka jemput-jemput... jadi mari ke dapur bersama chef Amy si chef semi quarter-pro anda..

bahan-bahannya adalah
tepung serbaguna
bawang besar (pilihan lain ikan bilis)
minyak
air bersih
garam/gula (pilihan korang kalau nak buat manis or masin)
tepung soda

cara-cara :
1. masuk kan semua bahan ke dalam mangkuk.. mula-mula tepung serbaguna, korang leh sukat sendiri tepung tu tok berapa banyak korang nak buat.. aku hanya amik 1/4 daripada 1kg tepung.. sebab aku sorang je nak makan..then aku masukkan garam bukannya gula untuk resepi aku kali ni dan masukkan tepung soda pulak.. 

2.then korang leh potong bawang besar. nak kena potong kasar.. tak mau halus.. nanti tak rasa kemanisan bawang tu.. of coz basuh then masukkan ke bahan no1 tadi..

3. masukkan air secukupnya.. jangan terlalu cair jangan terlalu pekat tepung tu.. nanti susah time nak goreng dan rasanya kurang memuaskan..

4. gaul hingga sebati.. hasilnya akan kelihatan seperti ini


5. panaskan minyak dan mula mengoreng.. sesetengah orang yang pakar akan menggunakan tangan je untuk membentuk jemput-jemput nie dalam kuali. tapi aku suka guna sudu atau senduk.. tak kotor tangan *sebenarnya tak reti*..hehe

6.masak sampai kekuningan dan toastkannya minyaknya dan hidang..

hasilnya akan kelihatan seperti ini laaa..
 TARAAaa!!!
warna berbeza sebab aku guna flash yea..

jadi begitulah perut aku di isi untuk hari ahad ini.. nasib anak bujang dok rumah katanya!... walaupun anak teruna kak shidah *my mom* nie x pandai masak sangat... at least boleh la survive kan?! hwa3

sebelum pak cik nak berundur.. pak cik nak ucapkan semoga pemain bola sepak Malaysia kite buat yang terbaik.. majulah sukan untuk negara.. walaupun pak cik tak suka tengok bola, tapi bila dah ade yang mengharumkan nama Malaysia.. pak cik memang suka!.. sapa yang tak suka.. boleh la cepat-cepat blah.. 

p/s : lebih enak di hidangkan dengan hot tea (aku guna hot milo) haha
.

Saturday, December 25, 2010

Kaki Wayang : Eh, Janin ke Toyol??

wah, hari ini hari jumaat.. hujan turun penuh rahmat..sangat sejuk dan sedap tidur lepas pulang solat jumaat... bangun tidur masih hujan tapi shahrul dah mesej ajak kuar makan free tanpa bayaran dekat Nando's.. wah, bunyi macam menarik.. lama gak tak pegi pavilion, order makanan 1/4 chicken meal 2 sidelines dengan ice lemon tea.. haaa percuma gitu! tak kan ko tak nak??? NAK NAK NAK!! so bersemangat la bersiap-siap turun ke lrt.. 

sinopsiskannya~~~~~ taraaa, dah sampai,order,makan dan borak....
sendawa malu-malu (blurrrghhh) konyang eden! thanks sama kawan shahrul yang memberikan voucher itu..
yang kelakarnya waiter lelaki yang datang menghulurkan bil dengan bangganya kerana ingin menunggu duit bayaran daripada shahrul boleh blur seketika..then aku tengok dia dan dengan yakin aku cakap "eh,itu bukan under voucher ke?"  , lalu dengan perasaan sedikit malu die pun bercakap "eh,kejap2.. (sambil tengok bil)...hahahaha okeyh2"... dia pun beredar dengan perasaan sedikit malunya itu! dan tergelak-gelak sambil berlari anak...haha.. terang lagi bersuluh kot dekat resit 2 dah deduced awal-awal under voucher... total kat situ kan dah jadi 0.00 balik .. tak kan la tak perasaan cik abang oii..hahaha

kami pun gerak ke tandas, biasalah tanki penuh kan...perlu di laburkan ke tempat yang betul...
hmmmn macam boring je balik awal kan, shahrul ajak tengok wayang.. nak tengok Rapunzel..tak ade!, nak tengok Meet The Parent.. penuh! nak tengok gulliver travel, seat depan je ade..so rasa macam nak tengok cite seram..haa nampak satu filem melayu, Janin! poster 2 nampak seram..jom tengok cite 2! then kakak cashier leh tanye...above 18 kan korang?..ofcoz la kak sayang oii..saiz besar gajah aku ni pun die tak perasaan ke?? haha...sangat awet mude ka?..kalah rosyam nor kalo macam ni..

masuk wayang starting dah ala-ala macam seram, pakat-pakat tutup muke dan mulut..takut-takut la nanti kan menjerit keluar nada tinggi si Jaclyn Victor kot!... mamat sebelah shahrul lagi tak tahan..tarik sweater kot...haha.. sampai melatah-latah je... then makin lama tengok makin terbuka mulut aku tahan ngantuk.. baik punye menguap... 

cite pun berlalu dalam 1 jam.. ermmmmmmmmmmmm aaaaaarhhhhhhhh oooooooooooo, okeyh... dah leh decide bahawa cerita ni tak seram..jadi betulkan posisi takut kepada posisi cuba memahami cerita.... otak berpusing-pusing mencari kepastian tentang janin itu.. ermm mana datangnya ek?? padahal budak toyol tu mati time die dah besar..dalam sampan pula tu, dalam umur 1 or 2 tahun rasanya.. confius di situ.. *janin bukan ade dalam kandungan ibu lagi ke, haaa,tu baru janin kan?* yelah kot.. aku tak pandai pun sains.. takat2 dapat A masa PMR je...=) tapi tajuk die macam tak sesuai laa..kan kan kan?? sapa sokong, kentut skang! hwa3.

dah nak dekat-dekat ending ceritanya.. aku terkasima seketika kerana air mata mengalir buat seketika..
bukan kerana Eja menangis sambil pakai bulu mata palsu.. tapi sebab rupanya cerita tu cerita sedih.... alahaii bukan seram ke cite nie....AKU TERTIPU LAGI!!!! so aku tertipu macam tengok cerita Let Me In..x seram pown! .sob3

p/s : jangan tertipu oleh propaganda poster

Thursday, December 23, 2010

kepenatan di sunway lagoon.

penatnyaa...*aksi menguap kucing*..memang tak hinggat dunia betul la kitorang semalam masa dah ade dekat sunway lagoon.. macam biasa laa.. cuti sekolah kan mesti la ramai orang yang datang semalam.. so lautan manusia tu masih ade walaupun tak sebanjir hari minggu. jadi peluang untuk bersantai dengan kawan-kawan aku pun boleh di kire berlangsung dengan jayanya.. 




eyqa,shahrul,me,danial
anis,eyqa,shahrul,me

clockwise : encik itik,anis,danial,eyqa




diva dan divo

by the way, planning punye la baik nak pergi ramai-ramai.. ajak orang nun ajak orang nie, sampaikan pesan kat sana sampai pesan di sini.. at last, hanya lima orang je yang pegi.. macam mana 2??  yang lain mana? haha
x genap la column macam nie.. yang pegi semalam pun aku, danial, shahrul, eyqa ngan anis je..
haha..

tapi apa-apa pun sangat best apabila di sana.. menipu laa kalau perbuatan mencuci mata itu tidak berlangsung.. phufthh, sangat memberikan kesegaran mata di saat keadaan yang meriah itu... orang asing dan budak-budak tempatan kini berani berfashion dalam keadaan yang sangat menghairahkan..woot3... aku mampu?? tak mampu.. aku perlu menutupi lemak kiri dan kanan ini..uwaaa~! tak ade muscle pun nak di tayangkan...hwa3...

macam biasa la kalau kitorang memang la akan datang time dowang opening and akan keluar time die dah nak closing..
sangat lama berada di dalam itu... yang sangat mencatat sejarah sendiri,, masing-masing pakat berlapar sepanjang berada di dalam sana.  pakat masing-masing tak nak berabis duit untuk makanan yang standard mahalnya untuk pelancong asing..hoho.. sampai laa bila naik satu ride nie.. boleh kitorang semua terbau-bau kan masakan tomyam...TOM YAM OKEYH!

tuan empunya blog..
 


sebelum balik, kitorang semua ke sunway pyramid untuk mengisi sedikit perut yang kosong dengan beberapa keping roti hotdog.. beli kat supermarket jusco je sementara tunggu si nieta nak datang untuk berjumpa dengan kitorang.. hayaa!! tak kenal ke?? before this entry yang mengatakan die dah berubah tu laa.. yang pensyarah wannabe 2!! hwa3...

dlm 10min, semua dah berkumpul... enam orang kesemunya dengan sepasang kereta.*ade ke org panggil sepasang kalau kereta?? haha* kitorang terus bertolak ke shah alam untuk makan nasi kandar kat restoran pelita...hehe
as usual main mata cuci mata adelah hobi mereka..bukan aku tau.. aku baik... tertib je menyantap makanan di hadapan ku itu..;p

eh eh eh, korang jangan ingat cerita ini berkesudahan di situ je.. korang semua tau aku nie memang masih lagi cergas seperti orang kuat malaysia. .jadi saja la suruh si anis bawak kami meronda2 kat i-city..haa atleast lepas ni tak ade la orang nak cakap kat aku jakun dah..tau tak jakun tu ape.. macam kera dalam zoo yang memandang orang yang datang melawatnya gitu...mata terbeliak buka besar-besar..hahaha
kitorang ingat nak masuk.. tapi malas laa.. semua muke dah toyerr macam lalat bertemu sasarannya.. so kami hanya drive thru je..=(..cewaah macam mcd ngan kfc plak..;p



sampai kat rumah 9.45 malam.. aku punggah semua baju dalam beg masuk mesin basuh, berbogel. 
opps, menyalin pakaian dengan maksud yang lebih sopan terus masuk ke kamar dan tidur.. guess what pukul 12.30 tadi baru aku bangun.. kelasss kata "adik2" kan dan kini gigih mengupdate blog usang ini...

p/s : kalau dah penat buat cara dah penat...hwa3

 

Saturday, December 18, 2010

Salam Sabtu...



Weekends don't count unless you spend them doing something completely pointless....and.. The only reason why we ask other people how their weekend was is so we can tell them about our own weekend.. haa, so tell me about yours??
mine?? just stay at home and doing nothing..BORING..;p



Wednesday, December 15, 2010

Cheryl Cole - Parachute

alahai.. saya bukan penagih!! saya bukan penagih! tidak.. nape aku akan click button replay kat button youtube.. akan putarkan again n again kat mediamonkey...uwaaa.. nie semua gara-gara danial farid la ni. .die yang syorkan aku lagu nie...damn in ko danial! hahaha..best okeyh! best sangat... tak percaya? jom layan...


Cheryl Cole - Parachute
I don't tell anyone about the way you hold my hand 
I don't tell anyone about the things that we have planned 
I won't tell anybody 
Won't tell anybody 
They want to push me down 
They want to see you fall (Down) 

Won't tell anybody how you turn my world around 
I won't tell anyone how your voice is my favourite sound 
I won't tell anybody 
Won't tell anybody 
They want to see us fall 
They want to see us fall 

I don't need a parachute 
Baby, if I've got you 
Baby, if I've got you 
I don't need a parachute 
You're gonna catch me 
You're gonna catch if I fall 
Down, down, down 

I don't need a parachute 
Baby, if I've got you 
Baby, if I've got you 
I don't need a parachute 
You're gonna catch me 
You're gonna catch if I fall 
Down, down, down 

Don't believe the things you tell yourself so late night and 
You are your own worst enemy 
You'll never win the fight 
Just hold on to me 
I'll hold on to you 
It's you and me up against the world 
It's you and me....(Love) 

I don't need a parachute 
Baby, if I've got you 
Baby, if I've got you 
I don't need a parachute 
You're gonna catch me 
You're gonna catch if I fall 
Down, down, down 

I don't need a parachute 
Baby, if I've got you 
Baby, if I've got you 
I don't need a parachute 
You're gonna catch me 
You're gonna catch if I fall 
Down, down, down 

I won't fall out of love 
I won't fall out of, 
I won't fall out of love 
I won't fall out of, 
I won't fall out of love 
I won't fall out of, 
I won't fall out of love 
I'll fall into you 

I won't fall out of love 
I won't fall out of, 
I won't fall out of love 
I won't fall out of, 
I won't fall out of love 
I won't fall out of, 
I won't fall out of love 
I'll fall into you 

I don't need a parachute 
Baby, if I've got you 
Baby, if I've got you 
I don't need a parachute 
You're gonna catch me 
You're gonna catch if I fall 
Down, down, down 

I don't need a parachute 
Baby, if I've got you 
Baby, if I've got you 
I don't need a parachute 
You're gonna catch me 
You're gonna catch if I fall 
Down, down, down



kan? betul tak? best kan.... haa yang tak rasa best boleh buat-buat bodoh je.. yang suka leh drop komen dan mengomen..hehe.. korang pun boleh mempengaruhi aku juga dengan memberikan link or tajuk lagu yang korang suka.. mana tau aku pun jadi penagih peminat kepada muzik yang korang minat.. sharing is caring gitu.....keke.. yang tak ade blog pun boleh komen.. tidak perlu susah-susah create blog untuk mengomen...selamat beromen..eh selamat mengomen..;p