Jom Keep In Touch ..

Saturday, December 25, 2010

Kaki Wayang : Eh, Janin ke Toyol??

wah, hari ini hari jumaat.. hujan turun penuh rahmat..sangat sejuk dan sedap tidur lepas pulang solat jumaat... bangun tidur masih hujan tapi shahrul dah mesej ajak kuar makan free tanpa bayaran dekat Nando's.. wah, bunyi macam menarik.. lama gak tak pegi pavilion, order makanan 1/4 chicken meal 2 sidelines dengan ice lemon tea.. haaa percuma gitu! tak kan ko tak nak??? NAK NAK NAK!! so bersemangat la bersiap-siap turun ke lrt.. 

sinopsiskannya~~~~~ taraaa, dah sampai,order,makan dan borak....
sendawa malu-malu (blurrrghhh) konyang eden! thanks sama kawan shahrul yang memberikan voucher itu..
yang kelakarnya waiter lelaki yang datang menghulurkan bil dengan bangganya kerana ingin menunggu duit bayaran daripada shahrul boleh blur seketika..then aku tengok dia dan dengan yakin aku cakap "eh,itu bukan under voucher ke?"  , lalu dengan perasaan sedikit malu die pun bercakap "eh,kejap2.. (sambil tengok bil)...hahahaha okeyh2"... dia pun beredar dengan perasaan sedikit malunya itu! dan tergelak-gelak sambil berlari anak...haha.. terang lagi bersuluh kot dekat resit 2 dah deduced awal-awal under voucher... total kat situ kan dah jadi 0.00 balik .. tak kan la tak perasaan cik abang oii..hahaha

kami pun gerak ke tandas, biasalah tanki penuh kan...perlu di laburkan ke tempat yang betul...
hmmmn macam boring je balik awal kan, shahrul ajak tengok wayang.. nak tengok Rapunzel..tak ade!, nak tengok Meet The Parent.. penuh! nak tengok gulliver travel, seat depan je ade..so rasa macam nak tengok cite seram..haa nampak satu filem melayu, Janin! poster 2 nampak seram..jom tengok cite 2! then kakak cashier leh tanye...above 18 kan korang?..ofcoz la kak sayang oii..saiz besar gajah aku ni pun die tak perasaan ke?? haha...sangat awet mude ka?..kalah rosyam nor kalo macam ni..

masuk wayang starting dah ala-ala macam seram, pakat-pakat tutup muke dan mulut..takut-takut la nanti kan menjerit keluar nada tinggi si Jaclyn Victor kot!... mamat sebelah shahrul lagi tak tahan..tarik sweater kot...haha.. sampai melatah-latah je... then makin lama tengok makin terbuka mulut aku tahan ngantuk.. baik punye menguap... 

cite pun berlalu dalam 1 jam.. ermmmmmmmmmmmm aaaaaarhhhhhhhh oooooooooooo, okeyh... dah leh decide bahawa cerita ni tak seram..jadi betulkan posisi takut kepada posisi cuba memahami cerita.... otak berpusing-pusing mencari kepastian tentang janin itu.. ermm mana datangnya ek?? padahal budak toyol tu mati time die dah besar..dalam sampan pula tu, dalam umur 1 or 2 tahun rasanya.. confius di situ.. *janin bukan ade dalam kandungan ibu lagi ke, haaa,tu baru janin kan?* yelah kot.. aku tak pandai pun sains.. takat2 dapat A masa PMR je...=) tapi tajuk die macam tak sesuai laa..kan kan kan?? sapa sokong, kentut skang! hwa3.

dah nak dekat-dekat ending ceritanya.. aku terkasima seketika kerana air mata mengalir buat seketika..
bukan kerana Eja menangis sambil pakai bulu mata palsu.. tapi sebab rupanya cerita tu cerita sedih.... alahaii bukan seram ke cite nie....AKU TERTIPU LAGI!!!! so aku tertipu macam tengok cerita Let Me In..x seram pown! .sob3

p/s : jangan tertipu oleh propaganda poster

0 orang membebel kat entry ni:

Post a Comment

thanks sudi komen,
i will try my best to hit u back..>_<