Jom Keep In Touch ..

Saturday, November 27, 2010

Hubungan yang berantakan ...

ZZZZZZzzzzzzzz.. aku dah terlebih tidur sangat. ni bangun tidur bangun tidur sampai pukul 2 petang..Wow pecah rekod sendiri haha. sebab aku dah tak tau apa yang nak di buat hari cuti sebegini. Nak kuar hari sabtu ngan ahad memang aku tak suka sebab obviously memang akan sesak dan dibanjiri oleh lautan manusia di luar sana.haha..dan lagi pun al maklumlah kawan-kawan baik aku dorang sekarang dah bergaduh sesama sendiri. HAHA. masing-masing tak suka sama yang lain. macam mana la tu kan. itu la sebabnya aku mulakan journal pada petang ini dengan luahan hati di kala aku kebosanan dan kesorangan...korang nak dengar tak? dengar ek rintihan aku ni..sianla kat aku...sob3 


aku pun tak faham dengan dorang semua.. yang sorang buat perangai macam gini, yang sorang buat macam gitu dan yang sorang lagi buat gitu gini..hoho.. jadi tak dapat la nak bersatu dan bergelak ketawa serta bersedih duka lagi seperti selalu lepas ni melainkan dorang faham apa erti persahabatan yang sebenar dan berbaik..(sedang kan nabi ampunkan umatnya kan??)

(sekadar gambar hiasan)
aku bukan nak cakap apa pasal dorang ni. aku cuma nak bagitau aku bukan ade orang lain lagi selain family ngan kengkawan aku nie. kekasih pun tak ade. so, terang lagi bersuluh dorang nie amat la penting pada aku.. tapi kalau dah jadi dua puak macam ni aku pun jadi tak tahu antara dua.

yelah sometime bila kita berkawan ni kite perlu la dengar apa kawan kita cakap, dorang punya pendapat n kritikan dorang untuk kebaikan kita juga. bukannya hal besar pun...cume perlu ambil langkah yang wajar untuk perbetulkan diri masing-masing.(termasuk aku yang hina ini).. jangan la kita terlalu sensitif dengan apa orang lain cakap tentang  kita. Ianya akan memudaratkan kita balik. masing-masing ada perangai sendiri. sepatutnya kena la memahami tingkah laku kawan kita. if ada salah sama-sama kita betulkan apa yang tak betul.

kat sini aku bukan nak tunding jari dekat sesiapa atau salah kan dorang semua. yea aku pun ada juga perasaan marah, sakit hati, dengki, cemburu dan iri hati dekat dorang. manusia dekat dunia ni tak sempurna pun. Tapi cukup la sekadar aku luahkan sekali sekala aje untuk lepas kan geram.. betul tak apa aku cakap?
bukannya benda serius. menang dan kalah pun bukan dapat hadiah kalau bergaduh pun.. secara saintifiknya bergaduh tu dapat memjana otak manusia untuk berfikir.(jangan lebih-lebih sebab itu dah jadi hasutan syaitan).haha..

secara kesimpulannya, kita sebagai sahabat perlu saling la jujur, mempercayai satu dengan yang lain, sayang-menyayangi, cinta-mencintai dan hormat-menghormati. sahabat adalah orang yang penting dalam kehidupan manusia yang hanya sementara di dunia ini. tapi kita perlulah kenang-kenangkan la kebaikan dorang dan ingatlah perkara yang terindah pernah berlaku antara sahabat kita..


(sekadar gambar hiasan)


untuk kawan-kawan yang aku maksudkan di atas, kalau korang terbaca entry aku kali ini aku harap korang dapat berfikir dan buat tindakan yang bijak antara korang bertiga.. tak salah kalau korang saling maaf bermaafan.. semoga hidup korang sejahtera hendaknya.. Ianya sangat seksa melihat korang bergaduh.. aku cintakan kedamaian..ingat la saat kita bergembira bersama.. lupakan la kisah duka yang dah berlalu.. jadi la sahabat karib aku yang bersatu bukan berpecah-belah..korang jadi macam ni buatkan aku sangat sedih.. btw, thanks guys to be my great friends for a long time!

Tuesday, November 16, 2010

kenapa amy sidek masih meminati MISHA OMAR?

ya, aku adalah dikalangan peminat-peminat misha omar yang beribu... walaupun sekarang misha omar kurang muncul di media massa.tapi, dia banyak juga buat private show untuk ahli-ahli koperat. biarkan hal tu.. cume nak bagitau kenapa dia masih lagi artis no 1 kat Malaysia dalam hati aku..
ni sebab die..
 
1. penyanyi yang mempunyai vocal yang unik

2. tak ada klon *tak ada la macam sesentengah artis 2 yang suara stok geng "adik-adik" pun boleh nyanyi or bakat-bakat dari kenduri kahwin punye suara je..kiki 

3. tak hipokrik tentang sikap dia *tapi kalau over-over tu aku pun meluat..kiki

4. ada style hentak-hentak kaki time nyanyi *tapi sekarang dah tak ade..die dah tak buat (BOSAN)

5. tak berdasarkan kecantikan semata *sekarang dah cantik!..

ape-ape pun misha ni kalau ada rezeki dapat bawak pergi jauh sampai ke singapura, indonesia, dan brunei dan kalau dalam profil dia ada 20 killers song...OMG!! tak payah cakap.. penyanyi no 1 pun jatuh no 2..kiki..
sebab kita tak akan kenal artis-artis yang popular kalau bukan kerana lagu-lagu mereka...;p

okeyh laa, before korang semua blah .. jom layan lagu ni..

Misha Omar - Jeritan Batinku
original song by P. Ramlee

Friday, November 5, 2010

Angan-angan nak ke overseas

No(Takdee)..haha.. yea mana ade kerja yang perlu di buat petang-petang macam ni. Nak belajar jangan harap la petang macam ni nak masuk ilmu di dada kan.confirm mata akan layu dan tertutup rapi..ZZZzzz..
so, decide petang yang hening ini mau duduk dalam bilik sambil dengan mp3 jelah.. dalam asyik sangat dengar. kepala otak aku ni mula la start berangan-angan tentang macam-macam.. sebelum umur 25 tahun nak buat apa..
jadi berdenyut-denyut memikirkannya..*macam nak hafal Law punye subjek je..huh

1. saya nak habiskan degree..
2. nak ada gadgets yang cool..
3. nak ada buah hati...
4. nak belajar cakap bahasa org lain..(esp korean ngan germany) walaupun english pun tunggang-langgang..
5. nak merasa pergi LUAR NEGARA... *tempat yang ada salji..hehe

so, dengan pantas diri di bawa di hadapan wardrobe aku.. cari-cari jumpa la sehelai jacket dengan scarf yang lama dah beli tapi tak pernah pakai..bhuahaha
jom berfashion bersama daku..;p

  taraaaa.. okeyh 1 gambar dah kuar..sat 1 lagi nak edit kasi menarik sikit..

bhuahaha..*dah terasa tahap kepoyoan melanda diri..

p/s : happy depavali pada sesiapa yang menyambutnya..especially tok my indian friend, Khautaman.;p

Wednesday, November 3, 2010

Selipar "JEPUN" punya pasal...

salam sayang kawan-kawan...
hari nie terdetik pula nak tulis blog walaupun badan letih sebab masih lagi dalam mood exam.. tadi pun baru je habis paper akaun yang gerenti susah nak bagi tahu keputusannya..(tak kan laa nak kena repeat nak sem-errghh!) erm biarkan pasal kisah duka aku itu..

sekarang,main story-nya adalah cerita pasal kisah sepasang kasut jepun yang tak bersalah..
cantik kan..tapi apakan daya.. sebab selipar jepun ini (yang tak berapa nak jepun sangat itu) telah menyebabkan aku berasa "down" semalam. Masakan tidak, cuba lah korang bayangkan semangat mood nak study masih ada walaupun hanya tingal saki baki dek kerana mengantuk tahap power rangers..Tapi sebab keesokkannya ada killer paper(hari ini) aku gagahkan juga pergi belajar.. teman seperjuangan aku tak lain tak bukan adalah nurhidayatul ain.. tapi aku dapat sokongan peneman dari zakwan dan shasha.. kami berempat decide laa nak study dekat perpustakaan yang "GAH" kat dataran merdeka itu..PERPUSTAKAAN KUALA LUMPUR namanya..alahai bangunan yang ada kubah-kubah macam istana pasir 2 butir itu..hahaha

lepas je si ain tadi park kereta depan perpustakaan tu kitorang semua dengan yakin la menerjah masuk ke dalam. SEJUK JE KENA AIR CORN..(feeling-feeling diva divana di istana kayangan la kan). tapi zakwan dah bagi hint kat aku yang guard kat situ asyik dok perhati kat selipar aku yang sangat menarik perhatiannya itu.. -pada pandangan kasar aku dia hanya melihat kerana tertarik dengan warna-warna terang selipar ku itu.. sejurus mahu melangkah ke ruangan lif. guard tu pun datang dan berkata.. "eh, adik..selipar jepun tak boleh masuk eh...memang tak dibenarkan.."

OMG,time tu jugak aku rasa fulawei.apasal la plak tak dapat masuk..semalam selipar ni jugak la aku datang sini.(hati berbicara sendirian)..akhirnya aku bersuara.."oh yeke,ermm okeyh laa.."- keinginan dan tingkah laku aku yang outspoken ini luntur hendak melawan kata-kata guard tu tadi.. kami semua beransur kuar dengan gelak tawa dan perasaan hampa... DALAM HATI DAH GERAM GILER.. mula la maki hamun kat luar sana.. 

hello, selipar jepun tak boleh masuk library?????? selipar aku pun bukan la nak berapa jepun sangat.. lain laa aku pakai selipar macam nie kan...
taraaa!..very darurat sangat!!

tapi pada pandangan seorang insan dan rakyat Malaysia yang mempunyai akal fikiran yang waras ini.. peraturan macam tu tak bernas langsung. orang datang ke library nak study, nak baca buku, nak cari kesunyian semasa mentelaah.. bukan nak ber-fashion, bukan nak buat runway, bukan nak datang dinner, bukan nak pergi dating, bukannya ada formal party dan bukannya ambik lesen kereta.. kalau laa buat perpustakaan gempak-gempak, buku bertimbun, facilities menarik tertarik dan da boom.. tapi kalau rules yang ala-ala menyusahkan orang ramai..especially rakyat Malaysia ni yang nak gunakan pun kena sabotaj.. baik tak payah susah payah dan membazirkan duit nak bina untuk orang lain..Bagi je pekerja-pekerja yang kerja kat situ study ngan buku yang bertimbun tu.. confirm tak payah ambik master dah lepas ni..HAHAHA

stupid damn damn betul la peraturan songsang macam ni..dah la akan menyusahkan orang lain. okeyh.let's say la kalo orang yang memang dari jauh datang then bila dia masuk dia pun kena macam aku kena.. tak ke sadis je tengok dia..ADUHAI..pikir laa logik dulu yang itu perpustakaan bukan mahligai!!

kalau macam ni la berterusannya, aku yakin matlamat Malaysia yang kononnya nak jadikan rakyatnya ada budaya MEMBACA itu memang tak pernah kesampaian..HARAaaM laa!! dekriminasi pada orang pakai selipar jepun.. hello, orang kat jepun pun pergi library dorang pakai ala kadoo aje..orang nak buka buku.. buka minda.. ini hampeh..sebab itu la rakyat jepun memang rajin nak membaca..kalau la compare ngan Malaysia ini..say sayonara laa kau!

SO,LEPAS NI MEMANG AKU PIKIR 2 3 4 5 6 SMP 10 KALI LAA KALAU NAK PERGI SITU LAGI..slogan baru untuk dorang dari aku - "indah khabar dari rupa"..tak ada makna aku nak pergi lagi..
(aku tak tau la kalau aku sorang aje yang pernah kena, aku cuma luahkan apa yang aku rasa. itu aje-tq)