Jom Keep In Touch ..

Friday, September 12, 2008

novel yang amy dah baca!!



Rinduku umpama ombak yang tak berhenti, Kasihmu bagai pantai yang setia menanti"

Watak utama : Izzah Hariz ( Suami Izzah )Mila ( Isteri kedua Hariz )Datuk Sufiah ( Ibu Hariz,Mak Mertua Izzah




Sinopsis:Watak utama Izzah, seorang gadis yang dibela oleh bapa saudaranya. dan kemudian ingin menjadikan Izzah sebagai pelacur akibat kesempitan wang kerana berjudi.BErmulalah pertemuan Hariz dan Izzah. Izzah diminta melayan Hariz seorang ahli perniagaan. Bersama ketakutan itu, Izzah melutut kepada Hariz supaya mengambil dia sebagai seorang isteri agar dia dapat melayan nafsu Hariz secara halal dan diredhai. Hariz yang terkejut dengan tindakan Izzah dan menyedari akan hakikat sebenarnya..bersetuju tetapi dengan satu syarat bahawa perkahwinan itu harus dirahsiakan.Izzah dibawa tinggal di Ibu kota. Hariz yang lama kelamaan mulai mencintai Izzah tetapi tidak menunjukkan secara terang - terangan membuatkan Izzah mendapat tekanan perasaan. Akhirnya perasaan itu tidak dapat disembunyikan. Krisis sebenar timbul apabila Hariz dipaksa oleh ibunya untuk mengahwini Mila, teman sepermainannya sejak kecil lagi. Bagaimana caranya Hafiz menyelesaikan masalah ini.sebenarnya pada masa yang sama Izzah sedang menuntut di Johor atas kebenaran Hariz. ini adalah untuk mengelakkan cengkaman Datuk Sufiah.Kebencian datuk Sufiah sampai ke puncak apabila mengetahui bahwa Izzah adalah isteri Hariz bukannya perempuan simpanan. walaubagaimanapun Kerana keikhlasan cinta mereka, mereka akhirnya bersatu semula.


Pendapat peribadi:
novel yang paling best pernah amy baca.
mula-mula rasa geram teramat sangat dekat hariz.tapi makin lama amy baca,
makin amy dapat rasakan cinta dia pada izzah.
wahhh romantis habis. Jalan cerita tak bosan langsung..
kehangatan cinta dorang dua terasa aje.


sinopsis : kesinambungan perkahwinan rahsia Izzah dan Hariz dalam Ombak Rindu dipanjangkan lagi dalam "cinta...tiada akhirnya".

novel ini menyelami Izzah yang setia, hampir sempurna menyajikan cinta pada suaminya yang masih mencari diri sendiri dan cinta sejatinya.


Pendapat Peribadi : cerita dia agak kurang menyengat dari novel yang pertama.


tapi simpati dari amy mahupun pembaca pasti akan terjalin bila tahu yang izzah keguguran.perkahwinan yang banyak halangan dan rintangan.mengamit memori bersama kenangan amy sendiri.



Penulis : Anis Ayuni
Harga : RM 17
Halaman : 480
Terbitan : Alaf 21 Sdn. Bhd.
sinopsis : Di sebalik bukuAPAKAH nilai sebuah cinta bagi seorang gadis berlesung pipit bernama Ifti Liyana?Sejak bertahun-tahun, sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah. Nalurinya sentiasa menidakkan, benarkah mereka bercinta? Akhirnya, mereka kian jauh dan lelaki itu membawa haluan sendiri. Dia sendiri pasrah!Namun, pandang pertamanya dengan Nazmi, memutikkan perasaan yang aneh. Lelaki itu yang sekejap ada dan hilang seperti menyeru-nyeru semangatnya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Namun, keegoannya sering kali menepis kata hatinya. Tetapi bagaimana dengan rindu yang sarat ini?Berbolak-balik rasa hatinya. Antara keinginan untuk menyayangi dengan rasa pesimis terhadap kejujuran seorang lelaki. Dalam benci ada rindu, dalam sayang dia jadi keliru, apakah Nazmi benar-benar setia pada yang satu?Ah... sukarnya melafazkan kata maaf bila prasangka hampir meleburkan sebuah impian. Ifti Liyana akhirnya akur, cemburu buta dan hipokrit bukanlah sifat terpuji. Dia mengakui, Nazmi lelaki sejati yang diimpikan selama ini.
Pendapat peribadi : cerita ni lain sikit sebab penulis mengunakan kata nama diri 'aku' untuk membawa pembaca ikut serta ke dalam dunia novel ini.
amy baca pun seakan-akan berada dalam babak novel ini.romantik dan tak terjangka dek babak seterusnya..
menarik!




















0 orang membebel kat entry ni:

Post a Comment

thanks sudi komen,
i will try my best to hit u back..>_<