Jom Keep In Touch ..

Friday, January 27, 2012

Indeks Alam Sekitar : Prestasi Malaysia meningkat!

assalamualaikum dan salam sejahtera,
salam bloggers, salam readers dan salam 1Malaysia...


hari ini masuk berita kat tv3 yang mengatakan Malaysia telah muncul negara terbaik dikalangan Asean dan di tangga yang ke-25 daripada 132 negara menerusi Indeks Prestasi Alam Sekitar atau Environmental Performance Index (EPI) untuk tahun 2011 yang baru-baru ni diumumkan pada forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland...  Nombor 1 tu dalam tangan!! 
tarak percaya boleh tengok (disini disini)
jadi maknanya alam sekitar di Malaysia masih lagi berkeadaan baik walaupun sana-sini masih ada pencemaran!

WOW, ini berita gumbira yang membanggakan buat rakyat Malaysia... aku tumpang gumbira jugak (sambil menari lagu waka-waka eheh) keke

yang lebih membanggakan, negara jiran kite singapura yang sebelum ni berada di tangga ke-28 pada tahun lepas dan kini turun mendadak di tangga ke-52 untuk tahun 2011 nie.. dengan ini membuatkan Malaysia menjadi negara terbaik di kalangan negara-negara Asean dan yang ke-3 di kalangan negara-negara Asia Pasifik selepas New Zealand dan Jepun.

EPI ini dinilai daripada aspek perubahan iklim (cuaca), pertanian, perikanan, perhutanan dan pencemaran air dan udara yang memberikan kesan kepada kehidupan kepada alam persekitaran..

bukan dah terbaik kite harus alpha yerh kawan-kawan!!. kite perlu terus memastikan alam sekitar kite berada dalam keadaan baik dan selesa untuk kepentingan masa hadapan (cewaah!)

so, korang-korang semua haruslah amik langkah sendiri untuk menjaga kebersihan alam sekitar kite ni.. jangan buang sampah merata, gunakan public transport, kitar semula, dan sebagainya (wah aku dah buat macam kempen alam sekitar plak)

anywhere, marilah kite sama-sama menjaga ape yang kite ade.. masih belum terlambat untuk memastikan bahawa negara tercinta kite ni indah rupa dan pandangannye...


p/s : nak pegi nyanyi lagu sheila majid - hitam putih kehidupan sat,kbye! =)

2 orang membebel kat entry ni:

AISYA@AISHA said...

harap sangat yang isu sampah yang ada dapat dikawal dan tidak akan mencemarkan balik nama negara dan dapat dibanteras secepat mungkin... sama2 la kita jaga kebersihan negara....

aMy SiDeK said...

@AISYA@AISHA yup betul tu aisha, kalo x benteras.. habis lerh.. cemar sana sini kan...T_T

Post a Comment

thanks sudi komen,
i will try my best to hit u back..>_<