Jom Keep In Touch ..

Tuesday, February 15, 2011

12 Rabiul awal

korang ingat tak bila korang ms muda-muda sambut Maulidul Rasul?

kalau aku masih bersekolah dulu kan, mesti best sebab dapat sambut Maulidul Rasul ramai-ramai, berarak dengan kawan-kawan, laungkan selawat beramai-ramai, nyanyi sumbang lagu-lagu nasyid dan dengar ceramah daripada ustaz / ustazah jemputan yang susah payah datang ke sekolah.. dulu bukan sebab semata-mata gembira dapat sambut Maulidul Rasul je, sebab tak payah nak masuk kelas tok belajar.... 
nak-nak kan bila kita ramai-ramai pakat tak siapkan kerja sekolah yang cikgu bagi.. time tu kegembiraan berganda untuk seketika..muka saling pandang-memandang kegembiraan tak terhingga!! (+_+)
ala, fikiran pun masih budak-budakkan.. kolot lagi!! itu je yang tahu..

tapi, dari dulu sampai sekarang cerita tentang Rasullulah kite tak pernah berubah, sebab itulah fakta dari Al-quran dan As-sunah yang sememangnye bukan auta@temberang.. 
tapi alhamdulillah kan, tahun ini kita masih sempat lagi bertemu dengan 12 Rabiul awal yang jatuh pada 15hb Februari 2011 untuk kali nie, satu peristiwa besar dalam sejarah@sirah nabi iaitu sempena Kelahiran Baginda sallallahu alaihi wasallam as what we call Maulidul Rasul kan?.

nak cerita panjang-panjang tentang sirah kelahiran nabi nie. rasa macam kat blog-blog senior/junior yang lain pun mesti dah cerita.. even dekat YT pun dah ade ustaz/ustazah yang baik hati bercerita..cume kena rajin search je... kalau lagi rajin search je kat google tu nak tahu lebih details tentang kisah benar nie.. haa, tak pun time sekolah agama dulu ade buku sirah dari darjah 1 hingga 6 kan?.. buka balik n kena rajin belek-belek je kan? jangan MALAS!! -_-
bloggers/readers semua dah pandai.. tak yah cite pun dah tau.. toi x? kan kan?? so x mo cite kat korang pasal nie ..>,<

cuma nak share untuk korang apa yang kite dapat dari kisah menarik nie n apa yang bagus kalau kite sambut Maulidul Rasul daripada sambut Valentine's Day yang sememangnye bodoh untuk di sambut..(yelah nmpk sgt kekasih ko ingat ko untuk hari tu je kan??? baru sibuk2 nak wish n bagi hadiah segala bagai then lagi bijak hadiahkan tubuh n puaskan nafsu on that day!) 3 idiot betul orang yang macam tu!!!! KELASS KO NYAH! haha..
kalau nak berkasih nie biar hari-hari..mcm iklan fair & lovely to "tiap hari sayang". x dek kejadah nak ikut ajaran orang yang dah tentu salah...hampeh toi... kalau sayang biar di jaga, bukan musnahkannye....

occay2, sambung balik apa yang sebenarnya nak cite..
kalau korang semua dah tahu dari awal hingga akhir tentang cerita nabi Muhammad nie..
jom kite tengok ape yang kite boleh belajar...

  • kisah perjalanan hidup Nabi Muhammad s.w.t waktu lahir, dibesarkan oleh Abu Talib iaitu bapa saudaranya even dah jadi nabi dan rasul menggambarkan kepada kita semua umat die nie betapa hidup baginda penuh dengan liku-liku dan kepayahan. Jadi anak yatim pada usia mentah yang masih perlu banyak belajar tentang kehidupan memang suatu dugaan besar bagi Rasullulah sendiri. Dari situ, kite semua boleh tengok tentang bagaimana Rasululah sendiri menghadapi segala cabaran dan rintangan nie dengan tenang.. so, ini akan  membentuk satu jiwa yang kental dan tabah. Patutnye kite jadi macam tu.. bukan failed exam je dah salah kan lecturer bagi markah sikit laa, menangis x henti-henti, nak lagi tu ade putus cinta telan ubat/kerat jari segala bagai.. USAHA TANGGA KEJAYAAN dan redha dengan kehendak-Nya.


  • .Mukjizat-mukjizat yang berlaku terhadap nabi di saat kelahiran dan sepanjang zaman kecik baginda membuktikan kepada kita umat Islam dan umat Manusia seluruhnya bahawa inilah penyelamat dunia yang Allah utuskan. Allah menghendaki Nabi Muhammad dikenali oleh semua umat manusia atas muka bumi sejak kecil lagi agar hujjah orientalis barat dan orang tu yang berniat jahat terhadap nabi Muhammad dapat dipatahkan dengan mudah. Secara tak langsung, dengan mukjizat yang Allah bagi kan pada Rasululah nie nak menunjukkan kebenaran dan ketulusan agama islam dan pengikut-pengikutnya tak ade perasaan was-was dan ragu untuk mempercayai nabi Muhammad itu pesuruh Allah. so, kite nie dah berada pada agama yang benar. cuma perlu di praktik kan zahir dan batin je.. *aku pun budak mentah yang masih lagi belajar untuk menjadi umat islam yang terbaik..=)


  • Ulang tahun kelahiran nabi Muhammad itu memang digalakkan untuk kita umat Islam mengingatinya tapi hendaklah kena dengan caranya. Kita boleh menyambutnya dengan memperbanyakkan selawat dan ibadah khusus yang dibuat oleh Nabi Muhammad sebagai tanda kecintaan kita kepada baginda sebagaimana firman ALLAH yg bermaksud; 
  • "Katakanlah (wahai Muhammad) sekiranya kamu cintakan ALLAH,maka ikutlah aku, nescaya ALLAH akan mencintai kamu, dan mengampunkan dosa2 kamu, Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun dan Maha Penyayang. 
    bukan macam sambutan yang tak patut kite sambut yang sememangnya tak elok untuk kite sendiri.. dalam erti kata lain "der, ape faedah ko dapat dengan sambut valentine's day tuu??!!" coklat? cincin? ciuman? bunga?


  • akhir sekali,  kita juga sepatutnya menghayati sifat2 yang ada pada diri rasulullah sebagaimana yang disebutkan oleh A'isyah apabila ditanya sahabat baginda, bagaimanakah akhlak nabi. maka dijawabnya bahawa Akhlak nabi ialah al Qur'an. antara sifat2 yang perlu dicontohi ialah Berani, amanah, bercakap benar, menyampaikan dakwah, dan cerdik/bijaksana. ape salahnya jadikan Al-quran sebagai teman. lebih baik lagi kalau beli tafsirannya sekali.. kalau dictionary tu mampu berbuku-buku beli.. senaskah tasfir Al-quran pun tak kan x mampu?

aku cakap bukan menujah pada sesiapa. bukan dok perli sapa-sapa, bukan hina menghina cuma hanya nak berkongsi apa yang aku tahu je.. benda nie pun untuk aku jugak..hehehe.. so lepas nie nak cuba didik diri slow2 jadi macam Rasullulah..jangan push sangat.. nanti x menjadi...

berani = hehe, tak berani lagi..tapi kalau berani kerana benar tu dah selalu aku buat!
amanah = meh share rahsia ngan aku.. aku simpan tersirat rapi..kalau kasi duit pun boleh. aku jaga baik punye~~!!
cakap benar = dah cuba, tapi ade benda kena juga cakap tingtong..*jgn marah haa..
sampaikan dakwah = eh, skang nie bagi dakwah juga kan??? >_<
cerdik = kuat kan usaha lagi tok dapat dekan tok sem nie!!!


salam maulidul rasul dari saya,
amy sidek

0 orang membebel kat entry ni:

Post a Comment

thanks sudi komen,
i will try my best to hit u back..>_<