Jom Keep In Touch ..

Saturday, March 12, 2011

Kaki Wayang : Beastly

salam kat semua readers, lama x cakap2 pasal review cerita-cerita yang ade kat wayang skang nie kan.. al maklumlah skang nie kalo tgk wayang malas nak bg komen or kritikan sebab bukan pakar sgt bab2 filem nie.. hoho...

tapi pikir2 kan balik ape salahnya kalau kite luahkan pendapat.. kite semua kan duduk kat negara yang demokrasi.. semua orang berhak bersua..tett *x mau berpolitik sangat..haha

okeyh, nak open cite pasal Beastly yang skang tengah hangat kat wayang...
of coz fantasi romatik
idea asal : The Beauty and The Beast (fairy tale)
aku sangat suka cerita dongeng sebab tu blog nie pun tagline nya Once Upon A Time..haha


sinopsis
cerita ni mengisahkan seorang lelaki kacak lagi hot n spicy bernama Kyle, dengan menggunakan rupa parasnya yang mencairkan, Kyle mencapai tahap populariti dengan mudah. Disebalik rupa paras yang kacak, Kyle tidak sedar yang dia telah menyakitkan hati ramai orang. Dalam masa yang sama muncul seorang ahli sihir bernama Kendra yang bengang akan perangai Kyle yang belagak dengan kekacakkannya itu. 


Kendra telah menyihir Kyle dengan menjadikan rupa Kyle kelihatan hodoh dan tidak menarik. Sumpahan Kendra menjadikan Kyle tidak senang dan beliau telah lari menembunyikan diri dipinggir bandar (padahal bapa die yang x leh trima anak die jadi macam tu). Syarat untuk Kyle pulih seperti sediakala adalah dengan mencari cinta sejatinya dalam masa setahun, cinta sejatinya perlulah mengungkapkan kata “I Love U” kepada Kyle dan sekiranya terjadi, sumpahan Kendra akan terhapus dengan sendirinya. Sekiranya gagal Kyle akan hidup dengan rupa paras yang hodoh buat selama-lamanya.

jadi di situ bermulalah perjalanan dan cabaran untuk si hodoh untuk mencari cinta die yang sebenar, yang x melihat kehodohannya itu sebagai kayu pengukur untuk mendapat sebuah cinta sejati.


komen dari aku
bila dh tonton cite nie, aku boleh cakap  jalan cite die memang menarik.. sebab ade unsur fantasia tapi a bit stereotype laa.. macam biasa la cerita romantik, plot die agak dah basi..sama je... membuatkan aku boleh predict ape yang akan berlaku lepas tu..  sepatutnye cerita macam nie. memberikan keghairahan pada si penonton..
keghairahan untuk menonton yerh.. bagi kat semua para penonton nak tau ape yang akan berlaku lepas tu dengan cara yang lebih memberangsangkan.. ini filem 13 tahun ke atas.. bukan 18 tahun..so keghairahan yang dimaksudkan perlu difahami sewajarnya bukannya sex semata-mata..keke
(x mau kuning sangat otak itu) hahaha

unsur romantika itu ade.. cume rasa macam terlalu di buat-buat.. even babak yang kat atas bumbung sambil baca poem pun aku rasa ade cacat celanya.. *x meremang bulu roma la!


bagi pelakon die okeyh laa..si perempuan cantik manis dan si laki kacak bergaya.. 
cume vanessa dalam cite nie nampak sedikit kaku dan terlalu ikut skrip.. x macam dalam cerita high school musical. maybe dulu blakon ngan bekas kekasih sendiri.. so, ade unsur kimia di situ antara zack n vanessa, tp die sbgai pelakon perlu bijak untuk mewujudkan keserasian itu dengan pelakon lain..cewaah! =D 


selain dari tu, pelakon pembantu banyak jugak menolong cite nie jadi lebih menarik.. 
kalo xdek dowg maybe lagi bosan la cerita die.. 
nak tau lebih lanjut tentang trailer, gossip, komen dan seangkatan dengannya..
boleh la layari laman webnya di sini Beastly / Si Hodoh 

Rating  : 5.2/10 star

A movie review by Amy Sidek




4 orang membebel kat entry ni:

Kerja Kosong said...

cm best
huhu

WAHIDA ALIAS said...

weh..aku tido weh tgk cite ni.sbb bole predict cane.

aMy SiDeK said...

@Kerja Kosong boleh laa... a bit boring je...tp yang lain okeyh...;p

aMy SiDeK said...

@WAHIDA ALIAS kan... ko sma ngan member aq.. leh tetidur die..haha

Post a Comment

thanks sudi komen,
i will try my best to hit u back..>_<