Jom Keep In Touch ..

Wednesday, May 11, 2011

Panasnya cuaca... apa itu El Niño?

salam guys, sejak kebelakangan cuaca kat Malaysia tak payah di perhebohkan..derrr!! hangat sioott!!
mana-mana je orang dok sebuk cakap yang dowg kepanasan, kehangatan...
tak dapat tidur malam...SAMA LAA NGAN AKU...
kalau aku nie siap dah jadi nyonya melaka siap berkipas tangan lagi...tak cukup kipas siling...
mandi dah berapa kali kot...
orang sibuk2 g sauna.. aku maintan dok kat ruang tamu dah berpeluh..
orang sibuk2 g jogging bagai... aku tidur pun baju dah basah lencun...
ketiak aku pun boleh "menangis" dibuatnye...bercucuran kuar tanpa rasa malu....T_T

kenapa jadi macam nie? tadi kat buletin utama ade kuar kes nie... tetibe pengkaji cuaca tu ckp nie semua pasal el nino... EL NINO? ape 2? aku pun menjalankan siasatan aku...Mr Google help me!!!

Apakah El Niño?
Setiap tiga ke tujuh tahun, suatu arus laut yang panas menggantikan arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai barat Peru, Amerika Selatan. 
Fenomena lautan yang ini disebut sebagai El Niño. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang lebih luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan peristiwa cuaca luar biasa yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara, Indonesia dan Australia, berlaku keadaan cuaca lebih kering dari normal sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya mengalami keadaan lembap.
Secara lazimnya, El Niño berlaku untuk tempoh 9 hingga 18 bulan. Biasanya ia mula terbentuk pada awal tahun, berada di kemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah menjelang awal tahun berikutnya. El Niño yang mempunyai keamatan yang sama tidak semestinya menghasilkan corak iklim yang sama.

Apakah impak yang tipikal di Malaysia?
Dengan kehadiran El Niño yang sederhana atau kuat, taburan hujan di Sabah dan Sarawak akan berada jauh di bawah paras purata semasa monsun barat daya (Jun-Ogos) dan monsun timur laut (November-Februari), sebaliknya di Semenanjung Malaysia taburan hujan adalah di bawah paras purata hanya semasa monsun barat daya (Jun-Ogos).
Keadaan El Niño yang lemah dikenalpasti memberi impak yang minimum kepada taburan hujan di Malaysia. Tambahan pula, taburan hujan di bawah dan atas paras purata boleh juga berlaku dalam tahun-tahun yang bukan El Niño/La Niña.


Apakah perubahan iklim semasa El Niño?
Di kawasan tropika, aktiviti-aktiviti ribut petir berpindah dari Pasifik barat ke kawasan Pasifik tengah dan timur, menghasilkan keadaan kering yang luar biasa di Malaysia, Indonesia, Filipina dan utara Australia semasa El Niño berlaku. Cuaca yang lebih panas dan kering juga berlaku di tenggara Afrika, India dan utara Brazil. Cuaca lebih lembap pula berlaku di sepanjang pantai barat kawasan tropika Amerika Selatan dan pantai teluk di Amerika Utara seperti ditunjuk di dalam rajah di bawah.
(Sumber: CPC-NCEP, NOAA)

itu serba sedikit yang aku amik dari laman web metrologi Malaysia...
terasa balik ke zaman sekolah time belajar geografi plak...wah! pengetahuan aku bertambah laa...kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang benda nie... korang leh pegi kat web dorang dengan klik kat sini...MOSTI
dowg sentiasa akan mengupdate latest news tentang benda nie... sambil2 tu doa2 kan la hujan turun membwa rahmat-amin

terasa nak duk ngan penguin kat kutub utara jer skang nie..>_<

bye

0 orang membebel kat entry ni:

Post a Comment

thanks sudi komen,
i will try my best to hit u back..>_<